Monday, February 27, 2017

Tips : Penjagaan Tali Pusat Bayi

Sebagaimana yang kita semua tahu, bahawa ketika bayi berada di dalam kandungan, si bayi akan berhubung dengan si ibunya melalui 'tali pusat'.

Dan, selepas dilahirkan, barulah tali pusat ini tidak digunakan lagi. ;)

Namun, harus di ingat, bila bayi dilahirkan, tali pusat tidaklah terus tertanggal dari badan bayi dan ia mengambil sedikit masa untuk tertanggal dari badan tuannya.

Disini, kita kongsi macam mana cara untuk menjaga tali pusat itu selepas ia keluar dari kandungan ibunya.

Sebenarnya, tali pusat bayi ini tidak memerlukan penjagaan yang rapi akan tetapi, sebelum ia kering dan luruh dengan sendirinya, amat digalakkan pada ibu dan ayah untuk menjaganya dengan baik iaitu ia mestilah sentiasa dalam keadaan kering dan bersih sepanjang masa. Kerana, jika tali pusat tidak di jaga dengan baik, kesannya adalah kepada bayi anda.

Cara menjaganya sangat senang :)


  1. Pastikan sentiasa bersih & Kering : Pastikan tali pusat sentiasa di bersihkan setiap kali lepas bayi di mandikan dengan menggunakan 'spirit swab' atau air pencuci yang dibekalkan oleh hospital. Dan PASTIKAN tidak menyapu sebarang minyak di tali pusat.  Lap bersih jika ia terkena najis atau air kencing bayi, kemudian dedahkan kepada angin sekejap untuk memastikan ia benar-benar kering.
  2. Dan ingat, tali pusat akan gugur sendiri. Jangan sesekali menariknya dengan tangan walaupun sudah genting atau terjuntai.
Ingatan Buat Ibu & Ayah :
  • Tali pusat mungkin dijangkiti kuman jika ;
    • Kemerahan dan bengkak
    • Berdarah tanpa henti 
    • Keluar nanah dan berbau busuk

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home