Saturday, February 25, 2017

Pantang Larang Buat Ibu Semasa Berpantang

Mengikut kepercayaan orang-orang tua dulu, ada beberapa pantang larang yang MESTI di ikuti oleh wanita selepas melahirkan anak, jika ingin sihat luar dalam.

Antara pantang larang yang sangat dititik berat oleh orang - orang tua ;


  • Ibu dilarang keras tidur tidak berbantal ; kerana ini akan mengakibatkan ibu boleh di serang sakit kepala yang teruk, keadaan ini juga berkemungkinan akan menyebabkan darah kotor sukar untuk keluar dan angin 'jahat' mudah naik ke kepala dan akan menyebabkan 'sakit meroyan' kepada si ibu.
  • MESTI memakai stokin ; ini adalah untuk menjaga agar kaki si ibu tidak sejuk dan menghalang angin sejuk masuk. Jika ibu-ibu diserang angin sejuk ini, kesihatan ibu akan terganggu dan badan menjadi lemah. Digalakkan pemakaian stokin sepanjang tempoh berpantang.
  • JANGAN duduk mencangkung ; ibu yang baru melahirkan anak, dilarang keras mencangkung kerana ini akan menyebabkan rahim @ peranakan yang masih lemah itu akan terkeluar dan juga boleh menyebabkan ibu mengalami tumpah darah.
  • MANDI sambil duduk di bangku ; digalakkan ibu selepas bersalin mandi sambil duduk di bangku, elakkan mandi sambil berdiri atau mencangkung. Cara ini dapat membantu untuk menjaga kesihatan peranakan si ibu kerana dengan mandi sambil duduk, si ibu tidak perlu banyak menggunakan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan , masih dalam keadaan lemah.
  • RAPATKAN kaki masa tidur ; Bila tidur kaki si ibu harus di rapatkan. Ini juga untuk mempercepatkan peranakan kembali sembuh.
  • JANGAN terlalu aktif ; ibu yang baru melahirkan hendaklah banyak duduk diam di atas tempat tidur. Ada baiknya awal minggu bersalin, ada pembantu membantu si ibu. Duduk diam ini sangat banyak membantu si ibu untuk memulihkan kembali tenaga yang telah hilang dan juga dapat memberi ibu peluang untuk benar-benar berehat.
  • JANGAN makan sebarang makanan 'berubi' ; ibu-ibu dilarang keras mengambil makanan dari jenis berubi seperti keledek, ubi kayu dan keladi kerana makanan ini dapat menganggu sistem pencernaan dan ibu-ibu mungkin akan mengalami kembung perut dan sakit perut, terutama ibu-ibu yang menyusukan anak.
  • JANGAN tidur di waktu matahari naik ; ibu - ibu di galakkan berjalan di tepi tingkap pada waktu ini untuk mendapatkan cahaya matahari. Jika ibu amalkan tidur di waktu ini, badan ibu akan cepat lesu dan sakit-sakit. 
  • JANGAN tidur di waktu senja ; Ibu juga di larang tidur pada waktu senja, kerana waktu ini, makhluk halus banyak berkeliaran, jika di amalkan, ibu mungkin akan mengalami penyakit 'angin meroyan' dan fikiran terganggu dan boleh menyebabkan ibu mengalami tekanan perasaan.
  • JANGAN menjahit dan membaca ; kerana dalam tempoh ini, fizikal ibu masih lemah dan boleh menyebabkan ibu mengalami masalah rabun sebelum tua
  • TIDAK DIGALAKKAN keluar rumah ; kerana badan ibu masih terlalu lemah, tidak baik untuk kesihatan dalaman ibu.
  • JAGA ibu jari kaki ; kerana ibu boleh pitam atau 'bentan' dan juga boleh menyebabkan tumpah darah.
  • PANTANG 100 hari ; pantang ini membawa maksud pantang bersama suami (hubungan kelamin) kerana cara ini benar-benar dapat memulihkan peranakan dan sistem dalaman ibu.


Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home