Rawatan Penjagaan Lengkap Ibu Selepas Bersalin - Semua Ibu Perlu Tahu

"Bacalah dengan nama TuhanMu atas setiap kejadian"

assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua ibu-ibu seluruh dunia.

Kali ini, saya masih ingin berkongsi perkara yang sama, kerana bagi saya, hal ini amat penting untuk di ingatkan selalu kepada ibu-ibu sekalian.

Kita sebagai seorang wanita ini, terlalu banyak permasalahan yang di hadapi, luar dan dalam terutama sekali bila mengalami situasi alam berumahtangga, proses kehamilan dan proses selepas bersalin.

Semua situasi di atas jangan kata tidak perlu kepada penjagaan yang rapi! PERLU! dan SANGAT PERLU.

Penjagaan yang rapi buat insan yang bergelar wanita amat PERLU, lebih-lebih lagi selepas melahirkan anak.

Tapi sayang, ramai ibu-ibu moden sekarang melihat dan mengambil mudah tentang hal ini. Ini semua terjadi kerana mereka TIDAK TAHU apa yang akan terjadi kepada mereka di lewat usia nanti.

Banyak perubahan akan berlaku, banyak risiko akan dihadapi jika hal ini di pandang remeh :)

Sebagai contoh ; ibu-ibu yang tidak berpantang dengan betul atau tidak menjaga diri dengan betul, akan mengalami sakit pinggang, tua sebelum usia, badan cepat sejuk, urat saraf menjadi kejang dan bersimpul, peranakan menjadi rendah dan banyak lagi. Semua ini akan melemahkan kita sebagai seorang wanita, sebagai seorang isteri dan sebagai seorang ibu.

Dan untuk sihat secara alami, bukan sahaja PERLU di jaga dari segi penjagaan makanan sahaja, malah penjagaan diri dan rawatan yang dipilih semasa berpantang dan selepas itu amat perlu dititikberat.

Jom kita jenguk, bab ibu selepas melahirkan anak dahulu.

Tahukah ibu-ibu sekalian, tempoh berpantang adalah satu tempoh yang penting untuk ibu-ibu mendapatkan kembali tenaga dan kesihatan.

Ibu-ibu perlu dijaga dengan rapi, dari semua segi. Dalam tempoh ini juga, ibu-ibu semua, PERLU dilatih untuk menghadapi suasana yang baru iaitu gangguan waktu tidur dan rehat pada waktu malam kerana bayi akan menyusu dan bayi juga akan meragam.

Jadi, apa yang ibu-ibu PERLU buat adalah, di saat bayi kalian tidur atau tidak meragam, inilah masa yang paling tepat untuk si ibu melelapkan mata atau berehat walau seketika. Biarpun beberapa minit, tapi ini masa yang paling bernilai buat kalian.

Jangan di fikirkan dengan rumah yang bersepah, usah hiraukan dulu keadaan sekitar anda, kerana yang paling penting ialah anda PERLU mendapat tidur dan rehat yang cukup.

Kenapa? kerana ini penting untuk memberi kesan kepada tubuh badan ibu-ibu untuk mendapat kembali kecergasan minda dan sangat membantu untuk mengurangkan tekanan perasaan pada ibu sekalian. Sangat membantu untuk memberi si ibu mendapat kesihatan dalaman yang cukup. Jadi ibu - ibu sekalian HARUS ingat, emosi semasa dalam tempoh ini amat PENTING. Ibu-ibu semua PERLU tenang selalu dan mendapat rehat yang cukup.

Sesungguhnya, dalam tempoh berpantang, ibu-ibu semua memerlukan tempoh di antara 4 hingga 6 minggu untuk rasa sihat dan segar semula. Jangan pandang ini remeh! :)

Kita pergi pula kepada bab rawatan penjagaan dalam pantang, jika di buat secara rutin dan betul, insya allah, ibu-ibu sekalian akan memperolehi kesihatan dan ketenangan yang maksima.

Rawatan pertama yang di lakukan untuk ibu - ibu adalah mandi air rebusan daun-daun herba yang terpilih. Ibu-ibu sekalian jangan pandang rawatan mandian daun ini sebagai perkara yang remeh yer! Ia sangat penting dan ibu-ibu amat di galakkan untuk mandi air rebusan daun ini selama 44 hari, daripada mandi air biasa kerana setiap daun-daun yang di rebus mempunyai khasiat tertentu, bukan saja-saja di rebus.

Mulakan pada hari kedua atau ketiga selepas bersalin lagi dan amalan semasa mandi pula, haruslah mula  dengan menjirus air dari ibu jari kaki barulah naik ke atas, sambil mengosok badan dengan sintuk. Akan tetapi air rebusan ini, TIDAK BOLEH dijirus di kepala, kerana air rebusan daun-daun herba ini sangat panas, dan boleh menyebabkan keguguran rambut. Air rebusan daun ini hanya di jirus dari kaki hingga ke leher sahaja.

Antara daun-daun herba yang dipilih untuk rumusan mandian ibu selepas bersalin adalah seperti ;

  1. Daun serai wangi
  2. Daun mengkudu
  3. Daun inai
  4. Daun sireh
  5. Daun meringan
  6. Daun lengkuas
  7. Daun Kunyit
  8. Daun halia
  9. Daun pucuk jambu batu
  10. Daun Limau Purut
  11. Daun Senduduk
  12. Daun lemuni
Dan setiap dedaun ini mempunyai khasiat tersendiri, seperti untuk membuang angin, melembutkan urat saraf, mewangikan badan, memanaskan badan, merawat luka bersalin dan banyak lagi.


Dan di sambung dengan rawatan kedua dan yang terpenting sekali iaitu "rawatan urutan" kerana rawatan ini sangat membantu untuk memberi kesegaran dan ketenangan kepada tubuh badan si ibu.

Biasanya proses ini di lakukan pada waktu pagi atau petang(pilihan kedua). Rawatan urutan ini amat penting buat ibu-ibu selepas bersalin adalah kerana urutan bertujuan untuk membetulkan kembali urat saraf ibu yang ketegangan, melancarkan peredaran darah, melancarkan air susu ibu, membuang angin yang terkumpul, merawat kembali peranakan dan banyak lagi.

Selepas proses urutan selesai, kita akan lakukan proses rawatan ketiga yang juga merupakan rawatan turun temurun sejak nenek moyang kita iaitu rawatan bertungku, dan proses ini melengkapkan rawatan asas untuk ibu selepas bersalin.

Rawatan bertungku sangat banyak khasiatnya kepada ibu seperti membantu mengecutkan peranakan, memanaskan badan dan peranakan, melancarkan pengeluaran darah bantal dan nifa, membetulkan kedudukan peranakan ibu.

Rawatan seterusnya adalah rawatan berbarut/berbengkung, dan sebelum barut atau bengkung diikat pada perut ibu, tapel atau ubat barut harus di sapukan terlebih dahulu dengan tujuan untuk melancarkan pengeluaran darah dari peranakan, mengempiskan perut ibu, mengeluarkan angin jahat yang terkumpul, mengemaskan kembali kedudukan tulang pelvik ibu dan banyak lagi.




akan bersambung untuk rawatan seterusnya... terus bersama kami di Adruja SPA Denai Alam.

#PakejPantangByAdruja #Hotline0132519058





Comments

Popular posts from this blog

Cara Penggunaan Set Bersalin Nona Roguy

Jinta Hitam @ Habbatus sauda

Info - Rawatan Urutan Tradisional