Wednesday, November 30, 2016

Kenapa PERLU Mandi Daun Lepas Bersalin ?


Kenapa perlu mandi daun/tersat/serung selepas bersalin?

Apa yang kita semua tahu, pada zaman serba moden ini, ibu-ibu muda sudah memandang remeh, amalan ini.

Tahukah ibu sekalian, amalan mandi daun herba ini, bukan saja2 di buat oleh org dulu?
Pelbagai kebaikan dan manfaat yang ada di sebalik amalan ini. Setiap jenis daun ada fungsi dan kebaikan tersendiri.

Amalan ini bukan sahaja bagus untuk ibu dalam pantang malah yang tidak berpantang juga bagus mengamalkannya.

Biasanya orang-orang dulu, amalan mandi ini di mulakan seawal pagi.

Amalan ini dapat membantu mewangikan badan, melembutkan urat saraf, menahan angin sejuk dari memasuki badan, menolak angin dari badan, menghilangkan bau hanyir selepas bersalin, membantu memanaskan badan ibu dan banyak lagi.

Daun-daun yang biasa di gunakan adalah seperti serai wangi, mengkudu, lemuni, daun halia, daun jambu batu, daun kunyit, daun meringan, daun inai, daun limau purut,daun lengkuas merah, dan banyak lagi.

Mengikut petua orang tua pula, pemilihan jenis daun biarlah ganjil.
Selepas rawatan mandian, barulah rawatan berdiang di jalankan kemudian di ikuti dengan urutan dan rawatan bertungku.

#PakejPantangByAdruja #SetBersalinTanamera#PenutupPantangByAdruja

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home