Tuesday, December 29, 2015

Kisah Air Ketuban

Apabila seseorang wanita hamil itu mengeluarkan cecair yang dikenali sebagai air ketuban bermakna saat kelahiran telah tiba. Dan ada setengah, bakal ibu tidak memahami keperluan air ketuban dalam kandungannya. Mereka mahu mendapatkan penjelasan lanjut tentang hal tersebut. Jika mengandung tanpa air ketuban, adakah perkara tersebut boleh berlaku? Mengapa rahim mesti dipenuhi air ketuban sewaktu hamil?

Dan dari persoalan sebegini, amat jelas menunjukkan bahawa terdapat segelintir wanita yang tidak memahami akan kepentingan air ketuban.

Sebenarnya, apabila seorang wanita itu hamil, bayi akan di kelilingi oleh sejenis cecair tanpa warna yang dikenali sebagai air ketuban. Bayi dan air ketuban ini dibalut oleh selaput yang dikenali amnion dan chorion.

Air ketuban ini berfungsi sebagai pelindung bayi. Disamping itu, ia memberi ruang  dan memudahkan  bayi bergerak bagi pembentukan otot, tulang dan paru-paru bayi yang normal. Fungsi air ketuban yang ketiga ialah mengawal suhu badan bayi. Jadi, tanpa air ketuban, mustahil seorang bayi dapat dikandungkan.



Kuantiti air ketuban!

Sepanjang kehamilan, kuantiti air ketuban akan meningkat. Apabila usia bayi yang dikandung mencapai 34 minggu, adalah di anggarkan bahawa air ketuban mencapai 800 mililiter. Apabila usia kehamilan mencapai 40 minggu, kuantiti air ketuban menurun kepada jumlah 600 mililiter.

* Proses air ketuban pecah terletak pada tahap pertama iaitu pembukaan mulut rahim iaitu :

  • Ketika bayi terdorong ke rongga pinggul, memberikan tekanan kepada pundi kencing dan saluran buang air besar.
  • Ketika serviks tertarik sepenuhnya, ada satu dorongan besar menolak. Air ketuban  akan pecah saat ini
  • Serviks terbuka seluas 10cm diameter pada pembukaan penuh. Ketika serviks meregang, jalan lahir melengkung dengan vagina terbentuk jalan yang memudahkan bayi untuk keluar
  • Kontraksi atau rasa sakit bersalin hingga ke pembukaan penuh serviks boleh mengambil masa selama 10 hingga 14 jam pada kelahiran pertama. Kelahiran seterusnya biasanya akan lebih cepat!

#HanyaWanita
#AdrujaSPA
#AdrujaPostnatalCare
#AdrujaCafe
#ArjunaSPA
#AdrujaBridal



Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home