Friday, December 25, 2015

Info Sihat - Taici



Bagi wanita cina, terdapat beberapa jenis senaman yang selalu di amalkan oleh mereka untuk menjaga kesihatan.
Antaranya termasuklah taici, iaitu seni pertahanan diri dalaman Cina. Senaman ini adalah berdasarkan konsep keseimbangan tenaga tunjang (vital energy) dalaman badan. Ia amat membantu untuk melegakan pelbagai masalah kesihatan di sampinh mengalakkan kesihatan menyeluruh tubuh badan kita.


Ramai beranggapan senaman  "taici" cuma sesuai untuk orang yang berumur atau warga emas kerana gerakan yang perlahan. Sebenarnya, tanggapan itu adalah salah! kerana selain sebagai senaman bagi kesihatan diri, "taici" juga boleh digunakan sebagai salah satu gerakan pertahanan diri, sama seperti taekwando, karate dan sebagainya.
"Taici" amat terkenal sebagai seni pertahanan diri yang menekan pada pergerakam anggota badan dan kesihatan badan secara menyeluruh. Pada masa kini, masyarakat di Barat juga telah mencuba senaman ini dan mengamalkannya.
Walaupun gerakan "taici" perlahan, akan tetapi jika dibuat dengan betul boleh menghasilkan tenaga "chi" yang sangat kuat. Senaman "taici" ini semuanya mengambil gerakan yang terdapat dalam alam semulajadi, seperti gerakan beberapa jenis binatang dan sebagainya. "Taici" merupakan seni mempertahankan diri yang mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan diri. Walaupun kelihatan lemah lembut, dalam kelembutan itu terdapat satu pergerakan yang teramat pantas sebagai langkah seni pertahanan diri.


Dari segi kesihatan pula, "taici" telah terbukti dapat memberikan kesan kebaikan yang amat tinggi kepada pesakit jantung, dapat memperbaiki  perasaan yang tertekan, mengurangkan kemurungan, mengurangkan keletihan dan menjadikan badan lebih segar, di samping menjaga kesihatan menyeluruh.

Pergerakan yang bersilih ganti dari segi keseimbangan dan pergerakan yang perlahan, dapat membantu menguatkan otot kaki, di samping membetulkan ligamen dan tendon buku lali kaki, pinggang dan lutut.

"Taici" juga di anggap amat berkesan dalam menyempurnakan pengaliran oksigen ke dalam tubuh. Ia dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, meningkatkan kemampatan tulang, memaksimunkan kekuatan dan fleksibiliti serta menyambung dan memulihkan ketahanan diri (imuniti).

Selain faedah fizikal, "taici" juga dipercayai dapat melegakan tekanan dan masalah yang bersangkutan dengannya. Para pengkaji telah membuktikan pengamal "taici" dapat memulihkan sakit lumpuh, sakit jantung, kegagalan jantung, parkinson, alzheimer dan lain-lain.

Kebanyakan wanita Cina mengamalkan dan menjadikan senaman "Taici" sebagai amalan adalah untuk kesihatan tubuh badan menyeluruh.



#AdrujaSPA
#PenjagaanKesihatanWanita
#AmalanTradisidanModen


Ehsan Pic : Pakcik Google
Info :Puan Shariffah Suraya Syed Jamaludin





Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home