Makanan Yang Harus Dijauhi Semasa Kehamilan mengikut pantang larang tradisional



Semasa proses kehamilan, terdapat sedikit pantang larang pemakanan yang harus ibu-ibu patuhi bagi memastikan kandungan mereka berada dalam keadaan yang sihat dan selamat.

Ini kerana terdapat makanan yang dikategorikan berada dalam unsur panas, sejuk, berangin, gatal dan boleh mendatangkan kesakitan kepada ibu hamil. Kepercayaan dan pantang larang ini percaya bahawa ibu hamil dikatakan berada dalam keadaan panas dan sejuk. Sebagai contoh, ibu hamil tidak di galakkan memakan atau meminum makanan yang panas dan tajam seperti nenas muda, air kelapa muda, air tebu, buah nangka, tapai dan ragi kerana dipercayai makanan ini mungkin boleh akan menyebabkan pendarahan dan ancaman keguguran, terutamanya pada peringkat awal kehamilan iaitu tiga bulan pertama.

Selain ini pula, makanan yang mengandungi sengat seperti ikan keli, pari dan sembilang juga harus dijauhi kerana dipercayai boleh menyebabkan uri terlekat atau tersekat semasa hendak melahirkan. Ibu hamil juga di larang mengambil makanan panas seperti  ramuan akar kayu seperti jamu dan maajun serta ubatan yang panas, malah mereka di galakkan memakan makanan yang sejuk dan masam.

Walau bagaimanapun, bukanlah sepanjang tempoh kehamilan itu, seseorang wanita hamil, harus berpantang makan. Hanya untuk tiga bulan pertama sahaja.




Contoh-contoh makanan yang HARUS dijauhi mengikut pantang larang :

  1.  Ikan sembilang, pari dan keli - boleh menyebabkan uri tersekat
  2. Nenas muda, betik muda, tapai dan ragi - Panas dab boleh menyebabkan keguguran
  3. Daun pokok celaka/derhaka mertua - Boleh menyebabkan keguguran
  4. Air tebu - Boleh menyebabkan pendarahan.
  5. Jamu dan rempah ratus - Boleh menyebabkan keguguran
  6. Timun, tembikai,kubis (makanan sejuk) - Boleh menyebabkan badan rasa lemah dan tidak selesa
  7. Nangka, ubi kayu,pisang,kacang tanah (makanan berangin) - boleh menyebabkan senak perut




Comments

Popular posts from this blog

Cara Penggunaan Set Bersalin Nona Roguy

Jinta Hitam @ Habbatus sauda

Info - Rawatan Urutan Tradisional