Khasiat Herba Kepada Ibu Berpantang

====
Serai
====



Kandungan citral dalam tumbuhan ini amat membantu untuk proses pencernaan, melegakan kekejangan dan ketegangan otot, sengal-sengal badan dan sakit kepala.
Toniknya juga amat membantu dalam merangsang sistem-sistem badan malah membantu ibu-ibu untuk menurunkan suhu badan.

=====
Kurma
=====



Kajian telah membuktikan bahawa kurma adalah antara buah terhebat, makanan yang pantas diproses bagi membekalkan tenaga. Kurma sangat kaya dengan zat besi dan kalsium bagi merangsang pengahsilan susu ibu.

========
Lada Hitam
========



Lada hitam dipercayai berupaya mengeluarkan angin dalam perut dan usus juga sangat bermanfaat untuk memanaskan badan si ibu.
Lada hitam juga amat baik untuk melancarkan pengaliran darah, mengatasi masalah kembung perut dan mengubati sakit kepala serta pening dalam tempoh berpantang.

=========
Bawang Putih
==========



Tanpa bahan ini, masakan tidak akan sedap! akan tetapi yang paling penting dan harus kita semua ketahui bahawa bawang putih amat tinggi karbohidrat, mengandungi sedikit protein, serat dan lemak. Selain dari ini, bawang putih juga mempunyai vitamin dan galian yang tinggi seperti Vitamin C, zat besi dan potasium.
Lantaran inilah, bawang putih amat baik untuk menyembuhkan luka. Amalan pemakanan bawang putih patut diamalkan sepanjang tempoh berpantang kerana ia dapat memastikan ibu-ibu kekal bertenaga.

====
Halia
====



Semua orang tahu, halia merupakan salah satu bahan terpenting semasa dalam tempoh berpantang akan tetapi tahukah anda semua kenapa?
Halia mengandungi atsiri, damar, mineral sineol, Vitamin A,B1,C dan juga protein yang menjadikannya baik untuk mengubati luka luar dan dalam, merawat kegatalan, merangsang kelenjar pencernaan dan membangkitkan selera makan.
Halia juga sangat bagus untuk membuang angin, memanaskan badan dan mengeluarkan peluh ibu.


Comments

Popular posts from this blog

Cara Penggunaan Set Bersalin Nona Roguy

Jinta Hitam @ Habbatus sauda

Info - Rawatan Urutan Tradisional