Thursday, October 8, 2015

Petua Bagi Memulihkan Kesihatan Wanita Sebelum & Selepas Bersalin

===============
Petua semasa mengandung
=================



Sebagaimana yang kita semua ketahui, menurut kepercayaan perubatan Melayu tradisional, banyak pantang larang yang dikenakan ke atas ibu hamil, dan terdapat banyak petua yang di amalkan  oleh wanita Melayu bagi dan demi menjaga  dan mengekalkan kesihatan diri dan bayi dalam kandungan.

Bagi ibu-ibu, saat untuk melahirkan merupakan saat yang paling ditunggu tapi dalam waktu yang sama, ia juga merupakan saat yang di takuti oleh ibu-ibu kerana ia boleh di umpamakan sebagai perjuangan di antara hidup dan mati.

Disini, terdapat beberapa petua - petua orang tua lama dulu yang masih di amalkan oleh ibu-ibu sekarang seperti menghisap air yang mengalir di hujung rambut setiap kali lepas mandi bagi tujuan untuk memudahkan proses kelahiran selain daripada memperbanyakkan membaca al quran dan selawat ke atas nabi SAW.

Selain dari petua ini, masyarakat Melayu juga mengamalkan minum minyak kelapa dara bagi memudahkan proses kelahiran juga. Bukan ini sahaja, selain daripada petua -petua untuk ibu, petua - petua untuk bayi di dalam kandungan juga banyak di turunkan oleh orang-orang tua dulu sebagai langkah untuk mendapatkan kulit bayi yang cantik, halus dan mulus. Petua ini adalah, si ibu amat di galakkan meminum air kelapa muda seawal 6 bulan usia kehamilan.

==============
Petua Selepas Bersalin
=================



Apa yang kita semua patut dan harus ketahui bahawa tempoh selepas bersalin adalah merupakan satu tempoh yang paling penting dalam kehidupan dan dunia seorang wanita di mana mereka perlu  pulih kembali tenaga dan kesihatan luar dan dalam agar kembali dapat menjalankan aktiviti harian mereka.

Dan, semua harus ingat bahawa selama waktu berpantang ini, ibu-ibu harus menjaga kesihatan diri dengan betul dan sangat di galakkan agar mengikuti pantang larang dan petua orang - orang tua.

Dalam bab perawatan tradisional Melayu, amat menitik beratkan amalan-amalan petua ini untuk mengembalikan kesihatan dan kecantikan si ibu.

Tumbuhan herba banyak digunakan dalam rawatan berpantang bagi mengembalikan kesihatan si ibu. Selain daripada sudut pemakanan dan pengambilan herba, amalan perawatan lain juga amat di galakan kepada si ibu, seperti amalan rawatan bertuam/bertungku kerana amalan rawatan ini amat terbukti kesannya ke atas badan si ibu.



Sebagaimana yang kita semua tahu, sebahagian daripada kebaikan amalan rawatan bertungku/bertuam ini adalah seperti

* Dapat menghangatkan badan ibu
* Membantu melancarkan pengaliran darah ibu
* Membantu untuk membuang angin
* Mengecutkan urat dan banyak lagi kesan yang sangat baik untuk ibu.

Selain dari amalan rawatan bertungku/bertuam, amalan pemakaian bengkung juga jangan di pandang remeh. Amalan pemakaian bengkung banyak membantu ibu untuk mengembalikan bentuk badan kepada asal, dapat membantu untuk mengempiskan perut, dapat membantu untuk menjaga tulang belakang dan punggung ibu juga dapat membantu untuk menyokong peranakan/merian/rahim kembali kepada asal.

Dan amalan yang paling penting dalam petua untuk benar-benar sihat adalah amalan perawatan berurut. Tujuan dan kebaikan amalan perawatan berurut ini amat banyak kepada diri si ibu seperti dapat memulihkan kesegaran badan, memecahkan angin dalam urat dan badan, melancarkan perjalanan darah, membetulkan urat saraf yang tegang akibat proses kelahiran dan banyak lagi.

Selain daripada amalan-amalan di atas, amalan mandian herba/daun juga tidak boleh di pandang sepi kerana jika membuat rumusan herba-herba yang betul seperti daun senduduk, serai wangi, daun inai, daun mengkudu, daun lemuni, daun kunyit, halia, lengkuas dan sebagainya dapat membantu untuk mengembalikan kesegaran badan, dapat menghilangkan bau hanyir badan ibu dan sebagainya.


akan bersambung >>> tunggu di post kedua , banyak lagi petua-petua orang - orang tua dulu

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home