Kehidupan - Bagaimana kita membiak dan membesar

Subhanallah, Maha Suci Mu Ya Allah, Tuhan pencipta sekalian alam! Engkau Maha Tahu, apa yang tidak pernah kami tahu!
=======



Melahirkan bayi adalah merupakan satu perkara semulajadi dalam kehidupan setiap manusia di muka bumi ini. Ia juga suatu kebiasaan bagi manusia dan semua benda yang hidup dalam dunia ini, daripada sekecil-kecil bakteria sehinggalah kepada makhluk sebesar ikan paus biru. Kita semua tidak boleh hidup selamanya. Untuk memastikan zuriat keturunan kita terus berkekalan dan spesis kita tidak pupus, kita melahirkan bayi. Proses yang sungguh luarbiasa, dan proses yang amat menakjubkan ini dipanggil dan dinamai "pembiakan". Dan bahagian tubuh yag terlibat dengan proses ini pula, dipanggil dan dikenali sebagai "sistem pembiakan".

Sistem pembiakan ini sudah ada di dalam tubuh badan kita sejak kita dilahirkan lagi. Tetapi ia hanya  berfungsi apabila kita melalui zaman remaja. Lelaki dan wanita, mempunyai sistem pembiakan yang berlainan tetapi yang uniknya memiliki tugas asas yang sama, subhanallah, begitu indah, ciptaanNYA. Kedua-duanya menghasilkan sel istimewa yang dipanggil "sel seks" dan jika kedua sel ini bergabung, ia akan disenyawakan dan berkembang menjadi seorang manusia baru. Selepas sembilan bulan didalam rahim seorang perempuan yang dipanggil ibu, bayi itu akan bersedia untuk dilahirkan.



=============
Akan bersambung ~ Kenali Sistem Pembiakan Wanita
=========================

Sistem pembiakan wanita, mempunyai tiga  fungsi.


Comments

Popular posts from this blog

Cara Penggunaan Set Bersalin Nona Roguy

Jinta Hitam @ Habbatus sauda

Info - Rawatan Urutan Tradisional