Monday, September 7, 2015

sharing is caring ~ Sejarah ilmu perbidanan Kaum Hawa

Sejarah Perbidanan Siti Hawa RA

Dari Nabi Adam AS,  ilmu perubatan dan ilmu perbidanan bermula dan dituruti oleh manusia sejagat. Ilmu perbidanan juga diperkenalkan oleh Nabi Adam AS dan di amalkan oleh isteri baginda Siti Hawa RA. Siti Hawa adalah merupakan pakar dalam penjagaan ibu bersalin dan sememangnya perawatannya amat berkesan dalam memelihara kesihatan dan kecantikan kaum hawa agar kembali perawan, di samping menjaga dan menjamin kesuburan seseorang wanita itu. Qisas al anbiya, tulisan Muhammad ibn Abdallah al kisai, meriwayatkan bahawa Siti Hawa telah melahirkan anak kembar sebanyak 120 kali, dan setiap kelahiran ialah kembar lelaki dan perempuan. Pada kehamilan pertama dan kedua, Siti Hawa mengalami keguguran pada bulan kelapan. Pada kehamilan ketiga, baginda melahirkan anak lelaki dengan selamat, tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian. Hanya pada kehamilan keempat, Siti Hawa berjaya melahirkan kembar dengan selamat sehinggalah sehingga kembar kedua puluh. Selepas itu, barulah Siti Hawa melahirkan Qabil dan adik perempuannya Aklima, dan kemudiannya Habil dan adik perempuannya Labuda.

Bagi mengembalikan tenaga, memulihkan pengaliran darah, memperbanyakkan susu dan mengimbangi hormon selepas bersalin, Siti Hawa mengamalkan rumusan rempah ratus seperti Jintan Hitam (Habbatus sauda), koma-koma (Zaffran) serta madu lebah arab bersama minyak yang diperbuat daripada susu dan lemak kambing. Susu kambing menjadi sumber minuman harian yang berkhasiat untuk kesihatan badan sejak dari zaman Nabi Adam AS lagi. Hari ini, walaupun telah digunakan sejak berkurun lamanya, kehebatan susu kambing baru sahaja di sebarkan.



Siti Hawa sangat prihatin terhadap penjagaan diri sebagai seorang wanita dan isteri kepada Nabi Adam AS. Baginda mengamalkan pengambilan air rebusan herba yang terdiri daripada campuran daun inai, jintan hitam dan murul habsyi (Kemenyan arab yang berwarna merah) bagi mencuci darah supaya tidak berbau dan melancarkan dengan sempurna pengaliran darah nifas. Sebagai ubat cebok, bagi mempercepatkan penyembuhan alat sulit agar kembali segar dan rapi, Siti Hawa merebus rumusan daun inai, jintan hitam, garam dan getah narokam (kemenyan arab yang berwarna kuning kekuningan)

Dan bagi melembutkan urat yang tegang selepas bersalin dan mengecutkan peranakan, Nabi Adam AS menyediakan minyak berubat sebagai minyak urut. Minyak tersebut juga digunakan sebagai sapuan di alat sulit yang bersifat antiseptik bagi menyembuhkan luka-luka bersalin. Minyak berubat itu mengandungi daun reminggu yang mempunyai khasiat tannin dan balsamic untuk kesihatan kulit dan tisu badan. Daun reminggu segar dimasak bersama lemak unta, koma-koma,jintan hitam dan daun inai. Kemudiannya, di campurkan dengan minyak kayu putih (eucalyptus) yang bertindak sebagai bahan mentol. Bahannya yang lain adalah sarang lebah.


Dengan menggunakan minyak tersebut juga, Nabi Adam AS memperkenalkan rawatan bertangas dengan batu bukit. Batu itu dibakar sehingga betul-betul panas dan ditabur dengan halba dan jintan hitam sebelum di balut dengan kain. Siti Hawa akan di sapukan minyak berubat seluruh badan, termasuklah alat sulitnya sebelum didudukan di atas batu panas tersebut. Selepas bertangas, Siti Hawa akan menyapu minyak yang di campurkan bersama sarang lebah ke bahagian alat sulitnya.



Info : EnsiklopediaPerbidananMelayu


Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home