sharing is caring - Cara Menangani Stress Semasa Hamil



Perubahan Emosi

Sebagaimana yang kita semua ketahui bahawa, kebanyakkan emosi ibu hamil sering menjadi tidak stabil pada awal kehamilan. Perubahan hormon di dalam badan membuatkan ibu hamil mudah tersentuh, tersinggung atau membenci sesuatu tanpa sebab musabab yang jelas.
Ada kalanya kehamilan menyebabkan perasaan ibu hamil bercampur baur antara perasaan gembira dengan sedih. Namun begitu, jangan risau kerana perasaan ini bersifat sementara sahaja dan tidak akan berpanjangan. Elakkan perbuatan yang membahayakan kandungan seperti merokok, mengambil alkohol ataupun bahan terlarang bagi menghilangkan stress atau tekanan. Sebaliknya perbanyakkan berzikir dan berselawat bagi yang beragama Islam.

Cara Lain Menangani Stress atau Tekanan Perasaan Semasa Hamil

1. Kenal pasti terlebih dahulu punca stress

Kenal pasti punca terlebih dahulu, sama ada di sebabkan oleh masalah peribadi, masalah kesihatan atau perkara-perkara lain. Kemudian, rungkai permasalahan tersebut dengan berbincang. Meluahkan perasaan adalah lebih baik daripada memendamnya sendiri tanpa sebarang penyelesaian.

2. Rehat dan Tenangkan Minda

Dapatkan rehat secukupnya serta lapangkan hati dan tenangkan minda. Luangkan masa dengan berzikir, bertasbih dan bertahmid atau banyakkan mendengar ayat-ayat suci al quran.

3. Berkomunikasi

Cari teman sama ada pasangan, keluarga yang anda percayai atau rakan bagi berkongsi masalah yang sedang di hadapi dan dapatkan sokongan daripada mereka. Ini mungkin akan banyaka membantu kita,dan membuatkan kita berasa lebih lega dan tidak mustahil juga akan menemui jalan penyelesaian.

4. Urutan



Seperti yang diketahui umum, urutan memang banyak membantu untuk melegakan serta mengurangkan ketegangang pada otot-otot, memperlambatkan degupan jantung dan dapat menurunkan kadar hormon stress.

5. Nasihat Doktor

Jumpa doktor sekiranya masalah ini menjadi semakin serius.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Penggunaan Set Bersalin Nona Roguy

Jinta Hitam @ Habbatus sauda

Info - Rawatan Urutan Tradisional