Wednesday, August 26, 2015

Perkongsian : Ulaman Untuk Ibu Selepas Bersalin



"Ulam" begitu sinonim dengan ibu-ibu yang berpantang selepas bersalin memandangkan waktu inilah waktu yang tepat untuk para ibu-ibu dapat mengawal makanan agar mendapat kesan yang terbaik kepada kesihatan dalaman dan luaran mereka pada masa akan datang.

Pada masa ini, para ibu-ibu harus memilih makanan yang terbaik sahaja untuk mereka memandangkan ketika ini, bahagian dalaman dan luaran mereka banyak mengalami luka-luka selepas melepasi proses kelahiran.

Sebagaimana yang diketahui umum, selepas melahirkan anak, aspek pemakanan amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana dari proses kehamilan sehinggalah proses kelahiran berlaku, banyak telah menganggu keseimbangan hormon badan si ibu. Dari perkara ini, si ibu mudah mengalami gangguan dalam pelbagai bentuk seperti tekanan perasaan, akibat perubahan fizikal dan sebagainya. Semasa proses kelahiran pula, si ibu akan menggunakan semaksima mungkin tenaga dan sudah pasti banyak urat saraf yang cedera pada bahagian-bahagian tertentu.

Petua orang-orang lama, ibu-ibu yang berpantang, di cadangkan supaya hanya memakan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang kunyit dan tidak boleh mengambil air yang banyak. Tahukah ibu-ibu semua, akibat dari diet makanan sebeginilah, akan mendedahkan ibu-ibu kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah tinggi. Dan kerana inilah juga, amalan perubatan moden menentang keras amalan perubatan cara Melayu ini. Sesungguhnya apa yang dilakukan dalam berpantang orang Melayu adalah kerana cara kehidupan mereka pada zaman dahulu yang kurang berkemampuan BUKANLAH dari amalan perawatan Melayu yang asal. Akan tetapi, yang baiknya dalam amalan orang-orang lama dulu adalah, mereka mengamalkan pemakanan ulaman yang mudah di dapati dan mempunyai banyak fiber, zat galian dan pelbagai vitamin termasuklah vitamin A, C, dan E yang bersifat antioksidan.

Diantara ulaman yang sangat di cadangkan untuk ibu-ibu sekalian, amalkan semasa dalam tempoh berpantang adalah seperti serai, bunga kantan, daun kesum, lengkuas, kunyit, daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, pucuk lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun pudina, daun kari,daun bebuas dan lain-lain.



Akan tetapi, HARUS DIINGAT, ibu-ibu bersalin ini di larang keras dari memakan ulam-ulam yang menjalar, ulam yang sejuk dan ulam yang berangin. Di antara ulam yang dilarang adalah seperti kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, maman, petai,jering dan juga terung.



Selain berpantang memakan ulam yang dilarang, ibu-ibu ini juga dilarang makan tumbuhan yang sejuk, tajam dan berangin seperti tebu, cincau, air kelapa muda, nenas, jambu,belimging,durian belanda, mangga, ciku, langsat, tembikai, nangka, cempedak,taugeh, timun, laici, pisang masak hijau, pisang nangka,pisang embun, macang, kuinin,pisang udang, ubi keladi,sengkuang dan binjai kerana makanan ini semua boleh mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otor serta lemah sendi ( arthritis dan reumatisme)



Ibu-ibu berpantang amat digalakkan memakan makanan yang bersifat panas selain daripada ulam yang bersifat panas, merekan digalakkan memakan rempah ratus di antaranya ketumbar, manjakani, jintan hitam, biji pala, halia kering dan sebagainya. Makanan ini semua dapat membantu untuk menghangatkan tubuh si ibu serta dapat menambah tenaga si ibu kerana mempunyai banyak mineral dan vitamin.

Beberapa jenis ulaman yang digalakkan untuk rawatan ibu selepas bersalin adalah seperti :


  1. Daun Bebuas - mengeluarkan angin dalam badan, menambah pengeluaran susu ibu dan menguatkan badan ibu
  2. Cekur - membantu menguncupkan rahim bagi wanita selepas bersalin, mencegah sakit sengal tulang
  3. Halia - Ia dapat memanaskan badan ibu, mencegah angin dari masuk ke dalam badan, menguatkan sendi.
  4. Bunga kantan - dapat memanaskan badan, mengalakkan peredaran darah, mencegah angin sejuk masuk badan
  5. Lengkuas - memanaskan badan, mencegah angin sejuk, menguatkan sendi dan urat
  6. Pegaga - membantu untuk menguncupkan rahim ibu, awet muda, membantu pertumbuhan rambut, menguatkan gigi,
  7. Pucuk mengkudu - membantu menguncupkan rahim, memanaskan rahim, mencegah dari kembung perut
  8. Pucuk putat - membantu membersihkan darah, mencegah pening kepala dan tekanan darah tinggi
  9. Ulam raja - menguatkan tulang dan membersihkan darah.
TIPS :



Jamu yang di ambil bersama ulam benar-benar dapat membantu untuk memanaskan tubuh, meningkatkan aras tenaga, menghilangkan lemak serta toksin yang berlebihan dari tubuh dan juga amat membantu untuk mengecutkan rahim. 

Walaupun tiada kajian terperinci tentang kebaikan jamu TETAPI para pakar bersetuju bahawa aroma dari jamu ini dapat menenangkan perasaan jika di sapu ke seluruh tubuh.

Bagi jamu yang diminum, kebersihannya PERLU dijaga agar tiada kesan sampingan, insya allah.


========================================
FB PAGE : Perkhidmatan Penjagaan Ibu Dalam Pantang
========================================
ehsan gambar : pak cik google ::: terima kasih 
========================================

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home