Tuesday, August 18, 2015

Perkongsian ~ Bila Merancang Untuk Hamil

Ibu?Mak?Mama?Bonda?Mek? Mami?
Ya Allah, itulah panggilan "keramat" yang ditunggu oleh seorang wanita. Hidup seorang wanita akan berasa lengkap bila ada insan yang memanggil dengan gelaran itu. Subhanallah.



Disini, kita kongsikan bersama, tips untuk bakal-bakal ibu yang merancang untuk hamil.

Jika puan sekalian, sedang berfikir atau merancang untuk hamil, anda perlu memastikan bahawa cara hidup anda tidak membahayakan bayi anda. Tahukah puan semua, bahawa keseluruhan organ badan bayi puan-puan semua terbentuk  pada masa tiga bulan yang pertama?

Pada ketika inilah, kesihatannya mudah terjejas. Sebaik sahaja puan-puan di sahkan hamil, puan-puan semua mungkin tahu atau mengesyaki puan hamil disebabkan beberapa tanda-tanda yang berbeza, contohnya seperti buah dada puan-puan menjadi berat, atau terasa sakit. Kebanyakkan perubahan ini disebabkan oleh peningkatan tahap hormon pada minggu-minggu yang awal ketika badan puan-puan bersedia untuk menjaga bayi dalam kandungan. Ketidakselesaan ini biasanya berkurangan atau hilang sekitar minggu ke 12 kehamilan.



TANDA - TANDA AWAL KEHAMILAN : 


  • Tidak datang haid - tetapi puan-puan juga harus ingat,jika kitaran haid puan biasanya tidak tetap atau puan sedang risau, sibuk,atau sakit,ini tidak boleh dijadikan petunjuk juga. Puan-puan mungkin mengalami sedikit pendarahan sekitar waktu yang di jangka.
  • Buah dada semakin besar, lembut dan mungkin akan terasa berdenyut-denyut
  • Rasa berlogam yang ganjil dalam mulut
  • Berasa keletihan, bukan sahaja pada waktu malam, tetapi juga di siang hari
  • Berasa hendak pitam dan mungkin pening
  • Peningkatan dalam pembuangan air dari faraj
  • Berasa mual dan mungkin muntah-muntah (morning sickness)
  • Perasaan tidak suka yang kuat terhadap bau-bau atau sebagainya, sebaliknya mempunyai keinginan yang kuat kepada bahan lain
  • Mengalami emosi yang luarbiasa disebabkan perubahan hormon badan
  • Rasa hendak buang air kecil yang terlalu kerap

APA YANG PERLU DI ELAKKAN

  • Merokok
  • Pengambilan ubat kecuali dengan pengesahan doktor - ini penting terutamanya pada tiga bulan pertama kehamilan, kerana ketika ini organ-organ bayi sedang terbentuk.
  • Jauhi alkohol
  • Risiko lain seperti najis kucing dan anjing serta daging mentah kerana mengandungi sejenis parasit yang di panggil " toksoplasma yang boleh membahayakan janin dalam kandungan.


Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home