Penjagaan Bayi Dalam Pantang - Mandian



Seperti yang kita semua ketahui, semasa awal kelahiran atau semasa dalam tempoh berpantang, penjagaan bayi tidak kurang pentingnya berbanding dengan penjagaan ibu. Ini kerana bayi yang masih kecil dan lemah, sangat mudah terdedah kepada pelbagai masalah & penyakit. Kelalaian dalam penjagaan bayi yang baru lahir dikhuatiri boleh membawa kemudaratan, sama ada semasa dalam tempoh berpantang mahupun dalam jangka panjang.

Aktiviti Memandikan Bayi :

Mengikut petua orang-orang tua dulu, ada sesetengah petua dalam merumuskan air mandian bayi yang boleh mengelakkan penyakit kuning (jaundice), angin pasang, angin sawan dan juga alahan kulit seperti ruam.

Petua orang -orang tua juga, selepas bayi dimandikan, bayi dipegang kemas, sebelum dijulang rendah dan perlahan-lahan dihembuskan ke telinga kanan dan kirinya. Petua ini, adalah cara untuk menghilangkan penyakit gayat pada bayi dan juga untuk melatihnya agar tidak mudah terperanjat.

Ingat! selepas bayi dimandikan ,keringkan badan bayi, terutama sekali pada bahagian ubun-ubun terlebih dahulu kerana jika dibiarkan basah atau lembap, hidung bayi mudah berhingus.

Resipi mandian bayi bagi mengelakkan atau merawat penyakit kuning: 

1 - rebusan kayu sepang kederam

2 - rebusan pokok dukung anak

3 - rebusan halba

4 - rebusan daun inai  + jintan hitam

(pokok dukung anak - ehsan pak cik google)


Urutan bayi : 

Sebenarnya urutan bayi telah lama di amalkan, oleh semua masyarakat dan boleh diterima sebagai satu senaman yang menyihatkan.

Mengikut petua dan perawatan Melayu lama, minyak kelapa tanak adalah penawar dan pelembap kepada kulit bayi.







Comments

Popular posts from this blog

Cara Penggunaan Set Bersalin Nona Roguy

Jinta Hitam @ Habbatus sauda

Info - Rawatan Urutan Tradisional