Friday, March 27, 2015

sharing is caring | Petua Mengecutkan Rahim |

assalamualaikum ibu-ibu semua,

ari ini kita kongsi-kongsi info pasal petua mengecutkan rahim. Sebagaimana yang kita semua ketahui bahawa rawatan ini adalah perkara "wajib" untuk ibu-ibu berpantang jika ingin benar-benar sihat dan cantik luar dalam.

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, rahim atau "merian" yang membesar sepanjang kehamilan akan mengembang selepas kelahiran. Keadaan "merian" selepas proses kelahiran adalah bengkak, mentah dan luka. Dalam tempoh awal pantang, tidak boleh dipaksa mengecut dengan cepat atau di tolak balik ke rumahnya. Penjagaan merian hendaklah dilakukan dengan lembut dan penuh prihatin. Merian akan mula mengecut selepas dua minggu bersalin, dan akan kembali ke rumahnya dalam tempoh sebulan bersalin serta menetapkan kedudukannya di tulang sulbi selepas 44 hari. Ia dikatakan sebagai sudah mengeram di sarangnya yang dikenali sebagai makam ketujuh. *Batu merian yang kecut akan berbentuk seperti putik bunga dan berposisi menghadap makam-makam di salur kuntum. Ini menandakan merian telah pulih dan kembali normal dalam maksud yang sebenarnya.

Tahukah anda??
#Merian yang sihat seperti sediakala dapat menghasilkan keadaan awet muda pada ibu walaupun telah melalui beberapa kelahiran.


"Kefahaman moden" yang mengatakan bahawa merian secara semulajadi akan balik seperti biasa tanpa penjagaan memang ada kebenarannya. Akan tetapi kepercayaan Melayu menegaskan bahawa pengabaian "merian" tidak akan memulihkannya ke peringkat pengecutan yang sempurna walaupun ia telah kembali ke tempat asalnya. Memang benar ! ia akan kecut ! tetapi ia akan menggeleber dan lembik! Pangkal leher merian dan batu merian akan mudah terkehel dan mudah berair, atau kadangkala menjadi terlalu kering apabila disentuh semasa berjimak.


Jom intai-intai petua untuk mengecutkan rahim : 

1 - Jus Inai
bahan-bahan
1 genggam daun inai
3 ulas bawang merah
1 butir garam kasar
1/4 cawan air panas

Cara menyediakan : 
1. Giling atau kisar semua bahan2

2. Campur dengan air panas dan tapis

3. Minum ukuran 2 ruas jari manis



Jom Like FB Page kami 

https://www.facebook.com/QasehBondaPakejPantang


Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home