sharing is caring | Ketidaksuburan |



"Ketidaksuburan" lazimnya dikaitkan dengan masalah pasangan yang tidak mempunyai zuriat. Wanita yang mempunyai masalah kesuburan lazimnya mengalami ketidakseimbangan hormon yang menganggu kestabilan pusingan haid dan proses ovulasi. Menurut ilmu perbidanan Melayu, ada pelbagai gejala ketidaksuburan, mislanya sengugut bangkai, iaitu sejenis sengugut yang bercirikan darah yang berbau busuk seperti bangkai dan kesakitan semasa haid.

Kegemukan yang melampau (obesiti) turut menjadi faktor penyebab ketidaksuburan. Ini kerana lemak yang berlapisan tebal menganggu keselesaan perjalanan haid dengan teratur. Selain itu, tekanan atau stress juga dapat menganggu potensi kehamilan kerana menganggu kestabilan hormon.

Ada pelbagai penyakit puan yang selalu dikaitkan dengan masalah kesuburan. Antaranya, endometriosis, iaitu pembentukan gumpalan tisu yang mirip selaput rahim yang merebak dan melekat pada bahagian rahim serta bahagian bawah usus besar. Selain itu, masalah cyst & fibroid, tiub follopia tersumbat, masalah tiroid dan juga kadar estrogen yang tinggi juga boleh menjadi penyebab kepada masalah kesuburan


Menu untuk Meningkatkan kesuburan :
Antaranya : 

  • Telur penyu (1 1/2 masak), 3 biji setiap hari selama 2 minggu
  • Sup sarang burung layang-layang selama 2 minggu
  • Tiram yang di masak ikut selera selama 2 minggu
  • 3 ulas bawang putih dan 3 ulas bawang merah ditumbuk halus, di gentel bulat sebelum ditelan, di amalkan setiap hari selama 2 minggu

#jemput LIKE page kami di FB : Perkhidmatan Penjagaan Ibu dalam Pantang

Comments

Popular posts from this blog

Cara Penggunaan Set Bersalin Nona Roguy

Jinta Hitam @ Habbatus sauda

Info - Rawatan Urutan Tradisional