Saturday, February 21, 2015

Panduan Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan



Seperti yang kita semua ketahui, kelahiran secara pembedahan (caesarian) sudah menjadi perkara biasa pada zaman serba moden ini. Ada yang terpaksa melaluinya kerana masalah kedudukan bayi ataupun disebabkan bentuk tulang kajang yang sempit dan sukar untuk memberi laluan kepada bayi untuk dilahirkan secara normal.

Tetapi, ada juga ibu-ibu moden kini, yang membuat pilihan untuk bersalin secara pembedahan kerana kononnya mahu mengelakkan rasa sakit mengisi ketuban(sakit bersalin) dan tidak kurang juga yang memilihnya kerana mereka fikir bersalin dengan cara ini dapat memelihara serta mengekalkan keadaan saluran vagina supaya tidak longgar.

Akibat dari kedangkalan pengetahuan tentang ini, ramai ibu-ibu moden kini yang bersalin secara pembedahan tidak mengambil berat sangat tentang penjagaan ketika dalam pantang. Tahukah semua, walaupun bayi anda dilahirkan tanpa melalui pintu rahim atau faraj, keadaan rahim anda tetap bengkak, malah lebih serius akibat luka-luka pembedahan yang dilakukan keatas setiap lapisan kulit yang dibelah. Oleh itu, sebenarnya penjagaan ibu bersalin dengan kaedah ini mengambil masa yang lebih lama. Dengan ini juga, tempoh berpantangnya juga lebih panjang dari ibu-ibu yang bersalin secara normal.

Ibu yang bersalin secara pembedahan perlu menjaga pantang pemakanan selama 100 hari dan pantang berjimak sekurang-kurangnya 50 hari. Petua-petua ini sangatlah penting diamalkan dengan tekun kerana keberkesanannya juga telah terbukti.

Amalan berpantang ini dapat mempertahankan kesegaran ujud anggota seseorang wanita agar kembali awet muda. Rata-rata telah terbukti bahawa ibu-ibu pengamal herba dan rawatan tradisional tampak lebih sihat serta lebih anggun daripada gadis!



|Penjagaan Dan Rawatan Luaran|

Tahukah anda?
Ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan lebih mudah mengalami masalah pengumpulan dan penyekatan angin dalam badan. Akibat dari ini, tubuh mereka menjadi lembik,kendur dan tidak mantap walaupun melakukan banyak senaman. Mungkin dari segi fizikal, kelihatan cantik serta langsing, tetapi otot-otot dan sendi-sendi lazimnya akan mengalami penyakit angin sejuk atau panas seperti artritis,kebas-kebas sendi dan reumatisme. Saluran sulit juga menjadi longgar,kurang daya kemutan,berair atau terlalu kering dan mudah mendapat penyakit keputihan yang boleh menyebabkan  kegatalan, hakisan mulut rahim.

Dan lazimnya, ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan ini juga lambat mendapat bentuk badan yang asal, terutama di bahagian perut dan pinggang. Untuk itu, rawatan secara tradisional harus dilakukan dengan sempurna dan teratur agar mengembalikan keadaan ibu semula kembali perawan. Amalan rawatan ini juga, dapat membantu untuk mengelakkan daripada mendapat bentan urat peranakan serta keracunan luka pembedahan. Minuman herba juga dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan.

| RAWATAN UNTUK IBU PANTANG SECARA PEMBEDAHAN |

# URUTAN PANTANG
# RAWATAN BERTUAM
# RAWATAN MANDI DAUN
# RAWATAN BERBARUT
# RAWATAN BERTASAK
# RAWATAN BERTANGAS
# RAWATAN LULUR PANAS
# PARAM | PILIS | TAPEL

UNTUK TAHU DETAILS | 011 1111 9060 |



pic : uncle google
info : #ensiklopediaperbidananmelayu

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home