Friday, February 20, 2015

Pakej Penjagaan Ibu Dalam Pantang Qaseh Bonda



Pakej Penjagaan Ibu & Anak Dalam Pantang kami termasuk :


  • Urutan Tradisional | Bertungku | Mandian Herba | Berbarut @ Berbengkung | Bertangas (basah @ kering) | Bertasak | 
Urutan Tradisional @ Urutan Pantang
Antara Kelebihan urutan tradisional @ urutan pantang untuk wanita selepas bersalin 
  1. Untuk melembutkan urat saraf dan menyegarkan kembali tubuh si ibu kerana urat saraf sudah menegang ketika proses kehamilan dan proses kelahiran.
  2. Untuk memastikan pengaliran darah berjalan dengan betul dan darah-darah kotor serta toksid keluar sekali bersama darah nifas. Oleh itu, tidak terdapat darah yang tersekat di dalam pembuluh urat saraf juga dapat mengeluarkan angin.
  3. Dapat membantu untuk membetulkan kedudukan peranakan dan menjamin peranakan berada di dalam keadaan yang sempurna dan tidak turun ke bawah. **** Sekiranya peranakan ini turun atau rendah, boleh menyebabkan kesan kepada si ibu itu sendiri iaitu kencing tidak puas @ tidak lawas dan mungkin boleh menyebabkan keluarnya tombong dari farajnya (proplapse)
  4. Membantu si ibu supaya kembali sihat dan cantik luar dalam.
  5. Memberi kelegaan dan ketenangan kepada si ibu
  6. Mengelak si ibu dari gangguan angin meroyan.
Rawatan bertungku @ Bertuam
Antara kebaikan rawatan bertungku @ bertuam untuk wanita selepas bersalin
  1. Membantu memecahkan angin kotor dalam badan si ibu
  2. Membantu memecahkan darah beku
  3. Membantu untuk mengecutkan peranakan
  4. Membantu untuk melembutkan urat saraf si ibu
  5. Membantu untuk mengempiskan perut
  6. Membantu untuk mengelakkan dari serangan sakit pinggang
Rawatan Mandian Herba @ mandi daun
Di galakkan dari hari pertama balik ke rumah dari hospital, ibu dalam pantang terus mandi herba @ mandi daun ini.

Bahan-bahan mandi daun :
  1. Daun Serai Wangi
  2. Daun Pandan
  3. Daun lengkuas
  4. Daun Limau Purut
  5. Daun Kunyit
  6. Daun Jambu Batu
  7. Daun Inai
  8. Limau Purut
Untuk cebok :
  1. Daun Sireh
  2. Garam kasar
Rawatan Berbarut @ berbengkung 
Antara kebaikan berbarut @ berbengkung kepada ibu selepas bersalin
  1. Bagi memastikan pengerakan ibu di bataskan
  2. Bagi merapatkan kembali vagina dalam dan luar
  3. Bagi menaikkan kembali keanjalan punggung yang jatuh
  4. Membantu supaya perut ibu kembali ke tempat asal dan tidak gendut atau buncit
  5. Membantu mengecutkan peranakan
  6. Membantu agar air yang si ibu minum tidak membuat perut menjadi lembik dan menggelebeh.
Rawatan bertasak : Perawatan untuk pengecutan rahim


untuk lebih detail, hubungi kami di talian 011 1111 9060



Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home