Saturday, February 21, 2015

Info : Rawatan Tradisi Ibu Pantang Melayu di Kelantan





Amalan tradisi masyarakat melayu Kelantan untuk membantu mempercepatkan pemulihan anggota badan serta penyembuhan luka-luka dalaman dan luaran masih lagi kekal sehingga hari ini dan masih lagi menjadi amalan khususnya bagi mereka yang tinggal di luar kota.

Antara amalan-amalan dan perawatan yang masih di amalkan adalah seperti :

1. Amalan berdian
Berdian atau juga bersalai ialah satu perawatan di mana si ibu berbaring dengan bara api di sisi. Tujuan rawatan ini adalah untuk memanaskan badan si ibu dan membantu untuk pengecutan urat saraf.
Sungguhpun begitu, amalan ini kini nampaknya semakin hari semakin dilupakan oleh generasi moden kerana ianya mungkin membawa berbagai risiko dan kesan sampingan. Antaranya termasuklah kulit punggung serta pinggul si ibu didapati pecah-pecah setelah beberapa hari sahaja berdian, dibimbangi juga bayi akan mengalami sesak nafas apabila terhidu asap dan terlalu ditakuti berlakunya bencana kebakaran.
Tetapi, tidak juga di nafikan, rawatan berdian atau bersalai ini, juga membawa banyak kebaikan kepada si ibu seperti si ibu tidak mudah mendapat sakit pinggang, cepat sembuh dari luka, lebih segar dari yang lain dan banyak lagi

2 . Amalan bertungku
Rawatan bertungku membawa maksud menekan dan menguli batu yang telah di panaskan dan di balut dengan beberapa jenis daun seperti daun mengkudu, daun pisang, daun halia ,daun kapal terbang atau daun kunyit pada anggota luar badan si ibu.
Tempat-tempat yang perlu di tungku adalah tapak kaki, betis, paha, celah kelangkang, sekitar perut, punggung, pinggang belakang, belikat, tapak tangan dan lengan juga bahagian ari-ari.
Rawatan bertungku ini sebaiknya dilakukan sehingga 20 hari berturut-turut atau lebih.

3. Amalan mengurut

4. Amalan berbarut atau berbengkung

5. Amalan memakan ubat tradisional dan akar kayu

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home