RINGKASAN INFO TENTANG KEBAIKAN BERTANGAS




Kesihatan dan kebersihan diri amatlah perlu dititikberatkan bukan sahaja luaran tetapi dalaman. Bagi pendapat kebanyakan orang ramai hanya menjaga kesihatan dan kecantikan luaran sahaja sudah memadai baginya. Sedangkan hakikatnya persepsi tersebut adalah salah dan tidak memenuhi tuntutan penjagaan diri. Di samping kita mengamalkan kebersihan diri dengan menggunakan produk-produk tertentu untuk keseluruhan badan, kita juga hendaklah mengamalkan beberapa kaedah tradisional untuk rawatan dalaman seperti bertangas iaitu rawatan khusus bagi wanita bertujuan untuk penjagaan kesihatan dan kecantikan luar dan dalam.

Pada zaman sekarang, ramai yang tidak mengetahui apa itu bertangas dan kebaikan serta kelebihannya apabila diamalkan secara rutin. Rawatan bertangas  ini sememangnya begitu popular pada zaman dahulu kerana ianya amat mudah dan memberi impak yang maksimum kepada pengamalnya. Namun cara dan bahan-bahannya mungkin sedikit kekurangan setelah mengikut peredaran masa walaupun tujuannya sama. Rawatan ini adalah sesuai untuk wanita dari peringkat anak dara sehinggalah dewasa kerana ia bertujuan untuk merawat penyakit keputihan, mengetatkan saluran peranakan terutamanya yang sudah bergelar ibu serta menghilangkan bau yang kurang menyenangkan pada alat sulit.

Proses rawatan bertangas  secara tradisional ialah dengan memasukkan air panas yang dicampurkan sedikit dengan air sejuk untuk mengelakkan kecederaan ke dalam besen yang besar serta dicampurkan ramuan-ramuan herba yang telah dibersihkan seperti buah manjakani, asam keping, daun sirih, daun kunyit, halia merah, daun mengkudu, buah pala serta sedikit garam dan bermacam-macam lagi sumber asli yang kebanyakannya hanya boleh didapati di dapur masing-masing. Setelah dibiarkan beberapa minit, wanita yang akan menjalani rawatan bertangas  akan masuk dan duduk di dalam besen tersebut supaya air campuran herba  mengenai bahagian sulit mereka. Di samping itu juga mereka boleh menggosok bahagian sulit dengan air campuran herba tersebut untuk kesan yang lebih baik.

Proses rawatan ini biasanya dilakukan dalam masa  20 – 30 minit mengikut kehendak individu dan elok dilakukan sekerap 2 kali sebulan atau seminggu sekali. Campuran herba-herba tersebut sebenarnya mengandungi banyak khasiat dan kelebihan tersendiri contohnya buah manjakani boleh mengetatkan saluran peranakan, daun sirih untuk menyembuhkan luka-luka kecil manakala buah pala dapat menghindarkan bau yang tidak menyenangkan pada alat sulit serta boleh memberi kesan yang maksima kepada hubungan intim pasangan suami isteri. Sememangnya rawatan ini adalah mudah, murah dan boleh dilakukan sendiri di rumah tanpa mengeluarkan belanja yang besar serta mengambil masa yang lama.

Namun wanita moden sekarang ramai yang terlalu sibuk dengan kerjaya dan keadaan yang serba canggih sudah tidak mengambil berat kepada rawatan dalaman ini yang boleh menjadi faktor kesejahteraan rumahtangga dan kesihatan serta kebersihan diri sendiri kerana disebabkan desakan masa yang memerlukan mereka lebih memberi perhatian kepada kerjaya dan kehidupan seharian.

Sememangnya kaum wanita tidak perlu risau dan merasa malas untuk melakukannya kerana kebanyakan spa yang terdapat di Malaysia sudah ada yang menyediakan rawatan bertangas untuk wanita-wanita moden dengan cara yang sedikit berbeza malah lebih selesa iaitu di letakkan di dalam alat mandi wap kanvas dan diletakkan serbuk herba tersebut yang telah dikisar atau dimesin halus ke dalam periuk kukusan elektrik yang tersedia ada di dalam kanvas tersebut. Ianya cepat dan mudah untuk digunakan. Proses rawatannya juga selama   20 – 30 minit. Oleh itu rawatan tradisional ini masih boleh diteruskan sebagai amalan rutin walaupun zaman sudah berubah yang mana ianya banyak memberi keuntungan kepada sesiapa yang melakukannya walaupun cara sedikit berubah namun khasiatnya tetap sama serta diakui.


Comments

Popular posts from this blog

Cara Penggunaan Set Bersalin Nona Roguy

Jinta Hitam @ Habbatus sauda

Info - Rawatan Urutan Tradisional