Cerita di sebalik berpantang selama "44 hari"



Apa? Pantang 44 hari? apa tu? inilah persoalan untuk ibu-ibu moden kini?


Berpantang selama 44 hari memang menjadi amalan yang amat popular dalam kalangan masyarakat melayu sejak berzaman dulu lagi.

Jom kita jenguk dua pendapat dari sudut moden dan tradisional.

Mengikut pandangan perubatan moden, tempoh bersalin atau "puerperium" adalah dalam lingkungan masa 42 hari atau enam minggu. Tempoh ini di anggap sebagai tempoh pemulihan fungsi kewanitaan daripada segala gejala kecederaan serta tekanan jiwa dan mental. Pada waktu ini, rahim sudah mula menguncup, mencerut dan mengecil seperti sediakala. Proses ini juga dikenali sebagai "involution"

Mengikut ilmu perbidanan Melayu lama pula, pantang bersalin dimestikan genap 44 hari kerana itulah tempoh yang mencukupi bagi memulihkan organ dalaman wanita "balik seperti sediakala". Selepas 42 hari, rahim telah menguncup dan pulang ke "sarang", iaitu balik ke rumahnya di bahagian pelvik atau di sudut ari-ari di atas "tundun", tetapi mulut rahim" atau pintu servik masih lagi mentah, bengkak dan tersembul.

Selain daripada itu, urat peranakan juga masih lagi sengal dan ngilu. Angin darah kotor atau angin merian masih lagi berlegar-legar di salur darah di dalam rahim dan jika berjimak pada masa ini boleh menyebabkan angin merian berpusing di seluruh sendi anggota. Kesannya, akan dikesali oleh wanita itu sendiri, iaitu mudah alah pada persekitaran dan pemakanan, mudah uzur dan tertekan, Untuk mendapatkan kemantapan dan keselesaan pada fungsi organ kewanitaan, petua Melayu lama mengesyorkan proses berjimak hanya dimulakan secara aktif dan agresif selepas lapan minggu.

Setelah genap 44 hari, pulang ke rumahnya, rahim sudah pun pulih dan mulutnya kembali normal. Dengan atur cara rawatan dalam pantang yang cermat di sepanjang tempoh itu, kesihatan dalaman wanita itu akan terpelihara dan dipertingkatkan. Pada hari ke 45, kewanitaan ibu bersalin pulih seperti sediakala, bahkan lebih kemas daripada anak dara jika kena pada penjagaannya dalam tempoh berpantang. Insya allah!




Rahsia di sebalik 44 hari !

Mengikut ilmu dan tradisi Melayu, angka 44 melambangkan rahsia alam dan hubungkaitnya dengan sifat kejadian manusia.
Dikatakan alam ini mempunyai empat penjuru, dan setiap penjuru melambangkan unsur tanah, air, api dan angin. Keempat unsur inilah yang melambangkan sifat kejadian manusia secara makrifat dalam ilmu sufi.
wallahua'lam bissawab!

Comments

Popular posts from this blog

Cara Penggunaan Set Bersalin Nona Roguy

Jinta Hitam @ Habbatus sauda

Info - Rawatan Urutan Tradisional