Monday, December 15, 2014

Rawatan Mandian Herba/Daun/Tersak

Bahan- bahan mandian daun/tersak

(ehsan gambar : dr uncle google)



  1. Daun serai wangi
  2. Daun pandan
  3. Daun Kunyit
  4. Daun Halia
  5. Daun Jambu Batu
  6. Daun Sireh
  7. Daun Senduduk
  8. Daun Mengkudu
  9. Daun Inai
  10. Daun Limau Purut
  11. Daun Pisang Kelat
  12. Segenggam halba (dibunjutkan)
Rebus semua bahan-bahan di atas dan buat mandian selama 44 hari.

Kebaikan mandi daun sepanjang berpantang : 

  • Dapat membantu mengeluarkan angin sejuk dari badan
  • Dapat menyegarkan tubuh si ibu
  • Dapat menghilangkan angin meroyan
  • Dapat membuang bau hanyir selepas bersalin
  • Dapat melembutkan urat saraf si ibu
  • Memberi ketenangan kepada si ibu

Air rebusan mandian ini biasanya digunakan untuk menyiram badan dari paras leher ke bawah sahaja. Pemilihan bahan-bahan juga dibuat mengikut kiraan ganjil seperti 3,5,7 atau 9 jenis bahan.


Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home