INFO ~ Susu Ibu TIADA Tandingannya



  • Lebih sejuta sel darah putih yang dinamakan "macrophages" terdapat pada setitis susu ibu. Bentuknya seperti "pacman" dan ia berfungsi memakan kuman
  • Immunoglobin A (igA) yang terdapat dalam susu ibu bertanggungjawab melindungi sistem penghadaman bayi yang belum matang dan mengelakkan jangkitan kuman dan alahan
  • Susu ibu mengandungi 80% air. Oleh itu, bayi tidak perlu diberikan air tambahan kerana susu ibu sahaja sudah mencukupi buat bayi.
  • Umumnya, susu ibu yang dihasilkan oleh ibu akan menjadi perlindungan buat anaknya. Jika ibu terdedah kepada sebarang jangkitan, tubuh ibu akan menghasilkan antibodi khusus bagi melawan jangkitan itu! Subhanallah
  • Kurangkan penggunaan puting botol, puting kosong dan susu tambahan melainkan jika keadaaan perubatan memerlukannya.
  • Bayi yang baru lahir haruslah disusui dengan kerap iaitu antara 8-12 kali dalam tempoh 24 jam
  • Bayi berupaya mengosongkan buah dada ibunya dengan lebih efektif daripada pam, walau semahal mana pun pam itu.
  • Kunci kejayaan penyusuan ibu ialah niat, ilmu, sokongan dan latihan. Setiap kesulitan yang di hadapi oleh ibu pasti ada penyelesaiannya jika ibu meminta bantuan segera daripada kaunselor ataupun pakar.
  • Susu akan dihasilkan bergantung pada permintaan bayi, amalan dan teknik penyusuan yang betul, bukannya produk atau pemakanan tertentu.
KELEBIHAN SUSU IBU!
  • Susu ibu sangat sesuai untuk manusia kerana ia terpelihara daripada kuman
  • Zat besi dalam susu ibu berupaya diserap oleh bayi dengan lebih sempurna berbanding susu lembu
  • Walaupun susu formula yang dihasilkan daripada susu lembu dikatakan menyamai susu manusia, namun hakikatnya tidak sebegitu. Penggunaan dan penyimpanan susu formula memerlukan perhatian yang lebih bagi memastikan ia sentiasa selamat dan bersih daripada kuman.
  • Susu formula mengambil masa selama 4 jam untuk di hadamkan berbanding susu ibu matang yang hanya mengambil masa sejam setengah
  • Susu ibu juga mempunyai sel yang datang daripada ibu. Selain berupaya membasmi jangkitan kuman dan virus, susu ibu juga mengandungi enzim penting bagi membantu melancarkan sistem pnghadaman bayi,
  • Susu haiwan sukar di hadam oleh bayi kerana pekat berbanding susu manusia yang lembut dan cair.
  • Kandungan protein iaitu laktoferin yang terkansung dalam susu ibu mampu menghalang pembiakan kuman dalam sistem usus bayi sekaligus mengurangkan cirit-birit,
  • Pembiakan kuman dalam sistem usus bayi dapat dihalang memandangkan najis bayi yang minum susu ibu akan menjadi asid
  • Dari segi psikologi, penyusuan susu ibu dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu dan bayi. Betapa istimewanya hubungan antara ibu dan anak. Ibu akan memiliki naluri dan sifat keibuan yang sangat tinggi.
  • Simulasi hisapan bayi mengeluarkan hormon daripada hipotalamus dalam otak, membuatkan proses pengecutan semula rahim berlaku dengan pantas dan secara semulajadi. Bahkan, rahim ibu akan kembali normal pada kadar yang singkat melalui proses penyusuan yang berterusan.
  • Protein dan kasein (casein) yang terdapat dalam susu ibu adalah lebih sedikit berbanding  susu lembu. Kasein ialah asas keju dan plastik tertentu dan merupakan protein yang di mendakkan daripada susu.
  • Susu ibu mengandungi lebih banyak laktase, vitamin, dan zat galian yang seimbang.
#ISTIMEWANYA
Seorang ibu mampu mengeluarkan 400 hingga 900ml susu setiap hari yang didalamnya terkandung :
  1. PROTEIN ~ 80.9%
  2. LEMAK ~ 2.13%
  3. LAKTOSA ~ 6.9% - 7.2%

#NOTAKAKI:

* Laktase ialah enzim yang menukarkan gula dalam susu menjadi glukosa dan galaktosa.
* Kandungan garam dalam susu ibu seperti Natrium dan kalsium adalah Rendah.

Sumber : manual kehamilan



Comments

Popular posts from this blog

Cara Penggunaan Set Bersalin Nona Roguy

Jinta Hitam @ Habbatus sauda

Info - Rawatan Urutan Tradisional