Info - Rawatan Urutan Tradisional

Mengurut adalah bertujuaan untuk melancarkan pengaliran darah, mempercepatkan proses pemulihan tenaga, untuk mengurangkan  keletihan serta membantu memecahkan lemak di badan dan juga dapat menaikkan seri muka dan seterusnya dapat memulihkan pusingan kitaran haid yang betul bagi seseorang wanita atau gadis.

Bagi wanita selepas bersalin pula, rawatan mengurut ini banyak membantu untuk memulihkan urat saraf, memulihkan kesakitan pada otot-otot badan dan juga sendi-sendi badan di samping memulihkan fungsi-fungsi peranakan wanita, dapat membantu membuang angin meroyan,melancarkan pengaliran darah. Ini membuktikan bahawa urutan tradisional merupakan salah satu rawatan yang terpenting kepada wanita selepas bersalin dan ia menjadi satu tradisi sejak zaman nenek moyang lagi.

Bagi wanita yang melahirkan anak secara normal, boleh memulakan mengurut selepas hari ketiga bersalin selama tiga jari berturut-turut. Dan bagi yang ingin berasa lebih segar dan sihat, amalan berurut ini boleh dilakukan dan di sambung selama tujuh hari atau dua minggu atau lebih. Dan amalan ini juga boleh di sambung pada penghujung pantang iaitu pada hari ke 40 - 44 dan diikuti pula pada hari ke 60 dan ke 100 selepas berpantang. Manakala wanita yang menjalani kelahiran secara pembedahan pula di nasihatkan berurut selepas 2 minggu (paling awal) dan selepas sebulan (paling lewat)

Rawatan berurut ini, sememangnya penting terutama bagi mereka yang menghadapi masalah-masalah lenguh badan dan yang tidak dapat tidur malam yang mencukupi, lebih-lebih lagi wanita yang selepas melahirkan anak. Wanita dalam pantang dinasihatkan berpantang antara 44 hari hingga 100 hari seperti yang di amalkan oleh orang tua-tua dulu jika ingin sihat betul. Ia bertujuan untuk menjaga badan dan memulihkan kesihatan luar dan dalaman, mengecutkan peranakan serta memberikan ruang yang cukup untuk ibu yang baru melahirkan.


Tujuan Berurut :

  1. Memulihkan dan menaikkan sistem peranakan bukan sahaja untuk wanita atau ibu yang baru lepas bersalin malah bagi mereka yang menghadapi masalah kerap buang kecil, masalah rahim turun/rendah (proplapse) dari kedudukan asal atau di sebabkan faktor usia yang meningkat juga dapat di atasi
  2. Untuk membetulkan pengaliran darah
  3. Untuk membetulkan urat-urat yang tersimpul dan terseliuh
  4. Untuk memecahkan ketulan darah beku yang boleh memudaratkan.
  5. Untuk membuang angin meroyan selepas bersalin
  6. Untuk melegakan dan merehatkan diri daripada tekanan, stress setelah penat bekerja
  7. Untuk menaikkan seri wajah dan badan






Comments

Popular posts from this blog

Cara Penggunaan Set Bersalin Nona Roguy

Jinta Hitam @ Habbatus sauda