Eksklusif ~ BAHAYA air minuman terhadap bayi



Bayi yang menyusu ibu tidak perlu minum air selain daripada susu ibu. Hal ini kerana susu ibu sudah mengandungi pelbagai khasiat dan nutrisi yang diperlukan oleh bayi.
Ibu-ibu yang memberikan air putih ataupun air masak kepada bayi mereka sejak lahir akan membahayakan kesihatan bayi mereka. Hal ini kerana tanpa disedari, bayi akan mengalami pelbagai penyakit dan juga ada sehingga yang mengancam nyawa bayi.

1. Menjejaskan Tumbesaran

Bayi mempunyai perut yang kecil. Apabila perut bayi sudah dipenuhi oleh air, ini akan menyebabkan bayi menjadi kenyang dan kurang berselera untuk meminum susu ibu. Oleh demikian, khasiat susu ibu sukar diberikan kepada bayi secara optimum. Ini akan menjejaskan tumbesaran bayi dan juga kesihatannya. Terdapat satu kajian yang menyatakan bahawa pemberian air glukosa kepada bayi pada minggu pertama kelahiran akan merencatkan tumbesaran dan menghilangkan berat badan bayi.

2. Merencatkan Akal

Air masak yang diberikan kepada bayi pada awal kelahiran akan meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut kajian yang di lakukan oleh Pakar dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air selain daripada susu ibu akan memburukkan lagi keadaan bayi yang mengalami jaundice atau penyakit kuning, serta boleh menyebabkan  bayi terencat akal ataupun "kernicterus" Bayi juga akan menjadi lemah, lesu dan lebih mengantuk

3. Risiko Penyakit

Air masak yang diberikan kepada bayi yang baru lahir juga akan menyebabkan bayi mudah mendapat kuman. Bayi juga berisiko untuk mendapat cirit-birit sekiranya air tercemar dan kebersihan tidak di ambil berat. Air biasa mampu menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu. Ini menyebabkan bayi lebih terdedah kepada risiko pelbagai penyakit.

4. Mengakibatkan Sawan Tarik

Air minuman yang diberikan kepada bayi yang berumur kurang daripada 5 minggu amat berbahaya. Ini kerana air minuman biasa mampu mencairkan garam yang terdapat di dalam darah bayi sehingga mengakibatkan suhu badan bayi menjadi rendah, bayi mengalami kembung dan akhirnya menjadi sawan tarik. Sindrom ini di panggil "oral water intoxication"

Memadailah memberi susu ibu tanpa ada tambahan air atau cecair lain. Untuk makluman, susu ibu sudah mengandungi 80% air. Kolostrum yang di hasilkan oleh susu ibu mampu membersihkan perut bayi dan dapat menghalang bayi daripada sembelit. Jika bayi mengalami sembelit, cirit -birit, haus dan panas badan, pemberian susu ibu adalah langkah yang terbaik.





"sharing is caring"
sumber ~ manual kehamilan

Comments

Popular posts from this blog

Cara Penggunaan Set Bersalin Nona Roguy

Jinta Hitam @ Habbatus sauda

Info - Rawatan Urutan Tradisional