Wednesday, November 12, 2014

Jinta Hitam @ Habbatus sauda

Apa itu Biji Jintan Hitam?

Biji Jintan Hitam atau lebih dikenali dengan nama habbatus sauda adalah jamu tradisional yang digunakan selama ribuan tahun oleh orang-orang yang tinggal di Timur Tengah, Asia dan Afrika.
Ia di gunakan bagi meningkatkan kesihatan dan melawan penyakit. Tumbuhan  ini juga sering di sebut sebagai blessed seed atau biji yang diberkati.

Sejarah Biji Jintan Hitam

Selama lebih daripada 2000 tahun jintan hitam, tanaman daripada keluarga Ranunculaceae (buttercup), secara tradisional digunakan oleh pelbagai masyarakat di seluruh dunia. Ia digunakan sebagai ubat semulajadi bagi mengatasi pelbagai penyakit dan meningkatkan daya tahan tubuh.

Golongan Mesir kuno menggunakan biji jintan hitam dan menyebutnya sebagai ubat mujarab, iaitu ubat pelbagai masalah  dan penyakit.
Bahkan, Raja Tutankhamun memiliki sebotol minyak ini didalam kuburnya. Semua benda yang di temui dalam makam raja-raja adalah berharga untuk mereka ataupun memiliki kepentingan yang bererti.

Bangsa Rom juga begitu kenal dengan benih inidan menyebutnya sebagai ketumbar Yunani. Biji jintan hitam banyak di gunakan sebagai makanan tambahan. Pada abad pertama, Dioscoredes, seorang doktor Yunani merekodkan data tentang penggunaaan biji Jintan Hitam bagi mengubati sakit kepala, hidung,sakit gigi dan masalah cacing.

Biji jintan hitam juga disebutkan dalam Alkitab, iaitu dalam Isiah 28: 25-27 sebagai fitches. Ini memberikan bukti lebih lanjut tentang kepentingan ramuan ini ketika bahan kimia yang merosakkan tubuh yang kebanyakkan orang ketika ini mengambil sebagai gula-gula tidak tersedia.

Di Barat, Ibnu Sina' dikenali sebagai Avicenna. Beliau menulis risalah perubatan besar, iaitu The Canon of Medicine dan menyatakan biji jintan hitam merangsang tenaga untuk tubuh dan membantu memulihkan masalah keletihan.

Nigella Sativa berasal dari Asia Barat. Ia adalah rempah ratus yang tumbuh dengan ketinggian sekitar 16 hingga 24 inci atau 40 hingga 60 cm. Selain itu, ia memiliki bunga berwarna putih ketika mekar. Biji brwarna hitam bersegi dengan hujung yang runcing ini adalah sebahagian daripada tanaman yang bermanfaat.



Jintan Hitam kaya dengan asid lemak tidak tepu. Bahan yang memainkan peranan penting untuk kesihatan dan kesejahteraan manusia seharian. Ia membantu mengaturkan metabolisme, membawa racun ke permukaan kulit untuk di hapuskan, menyeimbangkan paras insulin, mengawal kolesterol, meningkatkan peredaran tubuh dan meningkatkan fungsi hati yang sihat. Kekurangan asid lemak tidak tepu mampu menyebabkan beberapa masalah kesihatan termasuk gangguan sistem saraf, peningkatan kadar pertumbuhan dan penyakit kulit.

Biji Jintan Hitam mengandungi lebih daripada 100 zat penting. Ia terdiri daripada 21 peratus protein, 38 peratus karbohidrat dan 35 peratus lemak dan minyak tanaman.
Bahan- bahan aktif daripada biji jintan hitam adalah Nigellone, Thymoquinone dan fixed Oil. Biji jintan hitam juga mengandungi khasiat penting seperti protein, karbohidrat,vitamin B3, lemak penting dan vitamin C.


{sekadar perkongsian ~ Rasulullah is my doctor}

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home