Cara Penggunaan Set Bersalin Nona Roguy

Set Lengkap Bersalin Nona Roguy :


  1. Phytonatal Tablet (90 tablet)
  2. Krim Herbanika barut (60gm)
  3. Herbanika Lulur (100 gm)
  4. Minyak Herbanika (100ml)
  5. Uncang Cuci Herbanika (10 T-Bag)
  6. Akar Herbanika (10 T-Bag)


Cara Penggunaan Set Herbanika Bersalin NR

1. Minyak Herbanika :


Sapuan Minyak Herbanika untuk bersalin normal dan secara pembedahan (caesarian) di wad.

Selepas keluar dari bilik bersalin (semasa di wad)
Gosokkan Minyak Herbanika dengan tipis ke bahagian kulit kepala serta tengkuk dan bahu anda. Ikat rambut dengan rapi.

(Ini membantu meredakan ketegangan urat saraf di kepala, leher dan tengkuk semasa proses peneranan melahirkan anak dan melegakan bagi yang melahirkan secara pembedahan)

Sapu rata Minyak Herbanika ke bahagian perut, ari-ari (kecuali bahagian pembedahan), tundun sulit, peha, celahan peha, pinggul, pinggang, lutut, belakang lutut, betis dan tapak kaki. Kemudian pakaikan stokin

(Ini membantu melembutkan urat saraf dan otot yang tegang semasa peneranan berlaku atau kurang pergerakan semasa proses pembedahan dan membantu melancarkan aliran darah)

Untuk bersalin normal :
Kemudian tuangkan Minyak Herbanika ke bahagian alat sulit (biar minyak mengalir ke celahan sulit ke bahagian episiotomi/luka jahitan) dan tuangkan ke atas pad/tuala sanitari. Pakai dengan selesa.

Untuk bersalin secara pembedahan: 
Gunakan Minyak Herbanika ke atas pad/tuala sanitari dengan selesa.

(Ini membantu mempercepatkan proses luka jahitan, memecahkan pengumpulan angin di usus serta rahim dan mengecutkan rahim secara luaran)


2. Uncang Cuci Herbanika


Bercebok bahagian alat sulit untuk bersain normal, lakukan semasa di wad dan di rumah.

  • Masukkan 2 genggam garam dan 2 peket uncang cuci Herbanika kedalam sebekas air suam panas. Tekankan peket agar keluar pati herba yang pekat.
  • Lakukan cebok dan cuci di bahagian suit sehingga bersih serta segar dan kesat kering.
  • Tuangkan Minyak Herbanika ke atas pad/tuala sanitari anda untuk melancarkan darah nifas dan mengatasi maslah rengat atau ketidakselesaan di bahagian perut.
Uncang Cuci Herbanika boleh juga direbus bersama daun sireh, Inai, daun pandan, serai wangi, halia tua, halba untuk di jadikan "mandian herba" ibu bersalin selama 14 hari atau 30 hari sehingga 44 hari.

Nota kaki :

Uncang Cuci Herbanika membantu menghindari daripada jangkitan kuman(infeksi), kegatalan kulit, atasi darah berbau, menghindari dan menyembuhkan luka, kudis,nanah, masalah berair dan mempercepatkan penyembuhan luka jahitan episiotomi. Sebagai "Mandian Herba", ia memelihara kulit agar segar, mantap dan tidak mudah di masuki angin sejuk.


3. Akar Herbanika 



Untuk minuma antioksidan

Semasa di wad bersalin - minum 2 - 4 gelas/mug sehari atau 3 -6 cawan sehari :

Rendam 2 peket Akar Herbanika dalam 1 flask atau thermos air panas yang mendidih sehingga ia keluar pati herba teh sederhana pekat. Setiap kali minum, masukkan 1 sudu teh atau 1 sudu besar Madu Lebah Asli sebagai penawar, penguat darah, anti bakteria dan sumber tenaga. Minum suam panas, suam atau sejuk.

(2 peket boleh di ulangi rendam beberapa kali selama beberapa hari sehingga cair, gantikan dengan peket yang baru)

Di rumah - buat pilihan Rendam atau Rebus :
Di syorkan rebus 2 - 3 peket Akar Herbanika dalam 1 liter atau secerek sederhana air panas sehingga mendidih. Tuangkan ke dalam flask atau thermos dan setiap kali minum, masukkan 1 sudu teh atau 1 sudu besar Madu Lebah Asli sebagai penawar, penguat darah, anti bakteria dan sumber tenaga. Minum suam panas, suam atau sejuk.

(2 peket boleh di ulangi rendam beberapa kali selama beberapa hari sehingga cair, gantikan dengan peket yang baru)

Nota kaki:

Minuman antioksidan ini membantu menyegarkan urat saraf, memperbanyakkan pengeluaran susu ibu,mengurangkan air berlebihan dalam badan atau atasi retensi air, melawaskan sistem pembuangan air kecil, meringankan badan, membantu memecahkan lemak degil serta mengatasi keletihan dan sakit sendi serta sejuk-sejuk juga mengawal bau badan. Boleh di tambah serai (diketuk), 2 inci halia tua (ketuk) 1 sudu besar halba dan daun pandan - 2 helai diikat.

4 . Phytonatal 

Tablet Pembersih Rapi Dalaman


Phytonatal membantu membersihkan rahim dengan mengeluarkan angin lendiran dan mengatasi "angin meroyan" serta "murung", darah kotoran dalam sistem badan, menyegarkan fungsi rahim serta memperbanyakkan dan mengeluarkan susu ibu dengan lancar. Ia menambahkan daya tenaga semasa dalam pantang, mengimbangi kembali sistem badan, membantu membuang lemak berlebihan, mengatasi sakit anggota, kembung perut dan melawaskan sistem pembuangan air besar serta air kecil. Ia juga mempercepatkan pengecutan rahim dengan melancarkan pengeluaran darah nifas dan membantu mengekalkan kecantikan bentuk badan yang sihat, mantap serta menyerikan wajah.


Nota kaki:
Disyorkan pengambilan pada waktu pagi (selepas sarapan) untuk melawaskan sistem pembuangan air besar anda pada sebelah petang bagi tidak menganggu waktu tidur anda pada sebelah malam.

5. Krim Herbanika Barut


Bagi kelahiran Normal,guna Krim Herbanika Barut pada hari ke 4 sehingga 44 hari (disyorkan selama 60 hari) dan bagi kelahiran pembedahan, guna Krim Herbanika Barut pada hari ke 15 sehingga 44 hari (disyorkan selama 60 hari)
  • Selepas sapuan Minyak Herbanika ke bahagian perut, sapu rata Krim Herbanika Barut di perut,ari-ari,pinggang,pinggul serta atas peha.
  • Barut dengan bengkung dengan kemas, kejap dna rapi
  • Pastikan kain barut atau bengkung dari bawah paras payudara sehingga melepasi atas peha bagi mendapatkan bentuk badan yang ramping, tidak kembang, kemas dan mantap.
  • Gunakan bengkung dari waktu pagi sehingga lewat petang
  • Sapu semula seperti di atas dan gunakan bengkung semalaman
Nota kaki:
Sangat berkesan untuk mengatasi perut lembik,besar,buncit,menggeleber,kembang dan kendur. Ia membantu mengempiskan serta mengejabkan perut, merampingkan pinggang, mengatasi jaluran serta parut pada kulit dan mengecutkan rahim secara luaran dengan membantu melancarkan pengaliran darah nifas serta darah busuk(darah bayam) dari saluran rahim. Ia juga dapat mengatasi pembengkakan luaran anggota badan.

6. Herbanika Lulur 


Bagi rawatan di rumah untuk kelahiran normal dan pembedahan, di mulakan pada hari ke 4
  • Sebelum mandi, ambil 1-2 sudu besar Herbanika Lulur digaul sederhana dengan air suam.
  • Sapu rata ke seluruh badan, lakukan gosokan atau lulur semasa ia separa kering sehingga bersih. Elakkan lulur di bahagian payudara serta perut secara kasar atau menyental. Lakukan dengan lembut dan berhati-hati. Elakkan lulur di bahagian puting payudara yang berkulit sensitif akibat penyusuan.
  • Mandi dan bilas dengan bersih (Gunakan "mandian herba" untuk badan anda)
  • Ulangi amalan lulur ini setiap hari selama 30 hari ke 44 hari untuk mendapatkan kesan yang baik.
Nota kaki :

Ia akan menghilangkan daki, menghaluskan kulit yang kasar, mencerahkan kulit yang berpigmentasi kehitaman atau jeragat, mengatasi ketegangan otot, mengecutkan bentuk badan yang kembang atau sembap angin dan mengatasi sejuk-sejuk, kebas, lenguh atau sengal badan di samping mengelakkan kemasukkan angin sejuk. Ia mengembalikan kemantapan kulit ibu dalam pantang bersalin dengan memecahkan lemak degil serta angin selulit, mengecutkan bengkak sendi, otot, urat saraf dan mengatasi masalah bengkak Vena atau Vena Varikos. Membantu menegangkan payudara yang kendur dan atasi penyumbatan pada payudara.

HANYA RM300.00/set
*PERCUMA kos penghantaran

order? 011 1111 9060









Comments

Popular posts from this blog

Jinta Hitam @ Habbatus sauda

Info - Rawatan Urutan Tradisional