Thursday, October 2, 2014

Tujuan & Kebaikan Mengurut

Sebagaimana yang kita semua ketahui, mengurut adalah amat penting bagi memperbetulkan masalah urat saraf yang berpunca daripada pengerakan anggota badan sejak bangun pagi sehinggalah ke tempat tidur semula di waktu malam.

Tujuan/Objektif Mengurut :

  • Untuk meredakan, mengurangkan atau menyembuhkan sesuatu penyakit
  • Untuk menghilangkan suatu kesakitan yang datang secara tiba-tiba pada bahagian tubuh
  • Untuk menambahkan kesihatan tubuh secara menyeluruh.
  • Untuk memanaskan tubuh dan dapat mengembalikan suhu badan serta mengimbangkan darah bagi mewujudkan ketenangan.
Kebaikan Mengurut : 
  • Dapat membantu untuk menghuraikan atau melepaskan simpulan-simpulan urat-urat yang tersimpul.
  • Dapat membantu mengendurkan ketegangan urat saraf dan otot-otot badan.
  • Dapat membantu melancarkan perjalanan darah
  • Dapat membantu memberi ketenangan kepada tubuh badan
  • Dapat membantu untuk mengelakkan daripada penyakit tertentu.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home