Thursday, October 16, 2014

"sengugut" atau "dismenorea" dari pandangan perawatan melayu



Sengugut dalam perawatan melayu, sebenarnya bukanlah penyakit infeksi yang dibawa oleh virus atau kuman. Ianya adalah kerana ketegangan saraf sementara dalam edaran dan pusingan haid.

Biasanya sengugut ini menyerang kebanyakkan kaum wanita semasa hari kedatangan haid. Apabila seorang wanita itu di serang sengugut, ia akan terasa sakit kerana berlakunya ketegangan urat saraf. Kadang-kadang tempat yang di rasai sakit itu juga berbeza-beza, di mana ada sesetengahnya mengadu sakit dan tegang(cramp) di sekitar betis, pinggang atau belikat dan ada pula yang mengadu sakit di sekitar perut dan ari-ari.

Bagi sesetengah wanita, mereka amat bertuah dan patut bersyukur kerana apabila sudah mendirikan rumahtangga dan mendapat cahaya mata, senggugut mereka hilang tetapi ada setengahnya, tidak hilang. Bagi kes yang hilang senggugut selepas berumahtangga dan melahirkan anak adalah kerana saiz faraj sudah membesar kerana mengadakan hubungan seksual atau kerana melahirkan anak, maka dengan sendirinya pengaliran darah haid berjalan lancar tanpa halangan.



Dari sudut pandangan Pakar Perubatan Moden :

Menurut pakar sains perubatan dan penyakit puan, senggugut ini biasanya tidak berlaku kecuali 2 atau 3 tahun selepas kedatangan haid pertama.

Faktor penyebab senggut dan tanda-tandanya :-

Salah satu faktor yang menyebabkan terjadinya senggugut adalah berlakunya kekejangan di otot-otot uterus akibat menerima bekalan darah yang belum matang. Dalam sesetengah kes, ada yang mengalami muntah-muntah atau cirit birit. Biasanya berlaku kepada wanita yang berusia antara 15 hingga 25 tahun.

Vitamin Moden untuk kelegaan Senggugut!



Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home