Sekadar perkongsian bersama ~ Kisah Azazil Dan Kejadian Haid





Tersebut satu kisah, asal usul penyakit hasad dengki dilahirkan daripada sanubari Azazil, makhluk yang dahulunya mendapat kemuliaan daripada Allah SWT. Akibat perasaan dendam dan hasad dengki yang tidak dapat di kawal sehingga menyebabkan kejatuhan Adam & Hawa ke dunia, Allah SWT telah melaknat Azazil dengan panggilan "Iblis".

Iblis dengan wajah bertanduk dan sifat pembengis seperti api sebagaimana asal kejadiannya, memohon kepada Allah SWT untuk hidup di dunia sehingga kiamat kerana mahu menyesatkan Adam AS dan keturunannya.

Perbuatan khianat iblis yang cuba mencemarkan darah Adam AS dengan buah larangan tidak berjaya. Buah khuldi yang ditelan Adam AS dapat disekat di lehernya oleh malaikat, yang mana terbentuk menjadi halkum (Adam's Apple) dan dikenali sebagai petanda kaum lelaki. Allah Yang Maha Berkuasa telah berkenan supaya benih asal usul manusia dalam diri Adam AS diturunkan bersih tanpa dicemari oleh buah khuldi.

Tetapi Hawa, dengan sifat perempuan yang mudah mengalah, lemah dan makan dipujuk telah terjerumus ke dalam perangkap iblis. Baginda telah memakan buah khuldi, menyebabkan darahnya tercemar.Sebagai hukuman Allah SWT, dibersihkan darah yang cemar itu dengan pengaliran haid pada setiap bulan. Haid juga disebut sebagai darah kotor atau darah penyakit. Dalam budaya Melayu,keadaan wanita yang sedang haid disebut "sedang uzur" dan dalam Islam menetapkan haram hukumnya bagi mereka yang sedang haid untuk bersolat, berpuasa, membaca al quran, serta berjimak. Berjimak semasa haid akan mendatangkan pelbagai penyakit yang memudaratkan kedua-dua pihak, iaitu lelaki dan wanita.

Telah diketahui umum bahawa kitaran darah haid akan terhenti apabila telur wanita  disenyawakan dengan benih lelaki. Benih itu dikandung di dalam rahim dan dipelihara sehingga cukup masa untuk di lahirkan.

Mengikut kefahaman Melayu, kedudukan bayi di dalam perut ibu adalah di lapisan ketujuh kejadian manusia. Apabila kelahiran berlaku, bayi akan dikeluarkan melalui pembukaan pintu rahim, menerusi enam lapisan saluran faraj yang disebut sebagai "makam"

Kelahiran bayi selalunya dikaitkan dengan pengalaman kesakitan si ibu dan bayi, dan lazimnya mereka mengeluarkan tangisan yang kuat, seperti mana jeritan kesakitan bumi semasa malaikat Izrail mengeluarkan isi tanah dari perutnya. Kesakitan itu menghampiri kesakitan sewaktu roh dicabut oleh Izrail, ketika sakaratulmaut. Kemudian, jasad asalnya dari tanah akan disatukan kembali dengan tanah.

Dalam kefahaman Melayu, liang kubur digali sedalam enam kaki, jasad manusia yang asalnya kejadiannya daripada tanah yang ketujuh, akan dikebumikan dan kembali balik ke asal kejadiannya, iaitu menjadi lapisan ketujuh. Selain tanah, kejadian manusia dikaitkan dengan tiga lagi unsur alam, iaitu air,api dan angin. Tanah melambangkan kulit dan isi dikaitkan pula dengan tujuh lapisan bumi, Air melambangkan tulang, manakala api melambangkan darah dan angin melambangkan urat saraf.

{perkongsian dari perbidanan Melayu}

Comments

Popular posts from this blog

Cara Penggunaan Set Bersalin Nona Roguy

Jinta Hitam @ Habbatus sauda

Info - Rawatan Urutan Tradisional