Petua Melayu Untuk Mengatasi Masalah & Alahan Sepanjang Kehamilan


  • Kembung Perut,Pedih Hulu Hati, Loya dan Muntah
    • Mengikut kefahaman perubatan moden, punca berlakunya masalah kembung perut, padih hulu hati serta loya dan muntah tidak diketahui dengan jelas. Namun, di percayai masalah tersebut ada kaitan dengan perubahan hormon. Lazimnya, berlakunya antara minggu ke 6 hingga ke 14, iaitu pada awal kehamilan. Jika ibu mengalami masalah muntah-muntah yang teruk, beliau mesti mendapatkan pemeriksaan kesihatan.
    • Mengikut Ilmu perbidanan Melayu pula, masalah tersebut berpunca daripada *deria berlebihan bahan asam didalam perut, yang menyebabkan pedih hulu hati. Oleh yang demikian, ibu hamil akan hilang selera makan, menyebabkan angin lendir asam berkumpul dan mengakibatkan kembung.
    • Difahamkan juga, akibat kelemahan *deria rangsang, ibu hamil akan mudah berasa loya dan seterusnya muntah-muntah.
Rawatan Kembung, Pedih hulu hati, Loya dan Muntah

Ibu hamil dinasihatkan supaya mengelakkan pengambilan makanan jenis berminyak atau bertumis, berempah atau hanyir. Selain itu, di syorkan minum air rebusan halia yang suam panas.

Resipi Air Halia :




10 -12 cm halia muda
2 helai daun pandan
Sedikit gula melaka atau gula kabung

Cara Menyediakan :
  1. Rebus halia muda yang dipotong nipis sebanyak 20 keping.
  2. Masukkan daun pandan dan gula melaka/gula kabung sebagai pemanis.
Tips lain :
  • Makanlah nasi yang lembut, dengan kuah yang direbus  seperti singgang kicap berserai atau salad bersos daun pudina. Jenis makanan seumpama ini berupaya membantu mengurangkan rasa loya, di sampung menjauhi penyakit asam perut (gastrik)
  • Sebagai makanan ringan bagi menghilang rasa loya, si ibu di syorkan memamah sedikit gula,asam atau garam yang di gaul, seperti asam boi atau jeruk halia muda. Jeruk halia muda dapat melawaskan pembuangan angin.

Notakaki : *Deria rangsang ialah istilah perbidanan melayu lama yang merujuk kepada hormon dan sistem endokrin.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Penggunaan Set Bersalin Nona Roguy

Jinta Hitam @ Habbatus sauda

Info - Rawatan Urutan Tradisional