Penyakit Kuning [Jaundice] ~ Perawatan Tradisional

Seperti yang kita semua ketahui, bahawa penyakit "kuning" atau lebih dikenali dengan "jaundice" ialah keadaan berwarna kuning yang kelihatan di permukaan kulit bayi yang baru lahir. Penyakit ini terjadi apabila bahan kimia yang disebut "bilirubin" meningkat di dalam darah. Penyakit ini menyerang mana-mana bayi, tidak kira bangsa atau warna kulit.

Darah setiap manusia mengandungi "bilirubin" yang akan dibersihkan oleh hati. Sebelum lahir, organ hati ibu yang menjalankan fungsi ini kepada bayinya. Kebanyakkan bayi mendapat penyakit kuning dalam beberapa hari selepas lahir kerana organ hatinya mengambi masa untuk menjalankan proses pembersihan "bilirubin" dengan lebih baik.

Bagi bayi yang disusui oleh ibu, penyakit kuning lazimnya berpanjangan sehingga dua atau tiga minggu ;manakala bayi menyusu susu formula atau tepung, penyakit kuningnya selalunya akan hilang selepas dua minggu.

*Jikalau bayi anda menghidap penyakit kuning lebih daripada tiga minggu, bawalah dia berjumpa dengan doktor kanak-kanak.

Mengikut petua Melayu lama, ada menyarankan tiga kaedah rawatan untuk mengatasi "penyakit kuning" ini ; iaitu dengan cara mandian , pengasapan haba dan minuman 

Cara Pertama : Cara Mandian

Sediakan air rebusan dan mandikan bayi anda dengan air rebusan itu setiap hari. Selepas mandi, kesat kering badan bayi dan sapukan minyak urut bayi ke seluruh badannya. Setiap pagi, letakkan bayi hampir dengan cahaya matahari terang selama satu jam. Kebiasaannya bayi berpenyakit kuning diletakkan  di tepi tingkap yang dimasuki cahaya matahari pagi antara jam 8:00 pagi hingga 10:00 pagi.




Resipi air rebusan untuk penyakit kuning :

Bahan-bahan :

7 helai daun sireh
7 helai daun hujan-hujan
3 keping hirisan kunyit
3 biji buah keranda
1 jemput daun inai
1 jemput jintan hitam
1 jemput jintan putih
1 liter air

Cara Menyediakan :

1. Satukan semua bahan dan rebus sehingga mendidih

2. Campurkan dengan air sejuk bagi menghasilkan air mandian suam-suam kuku.

3. Mandikan bayi anda tanpa bilasan air lain


Cara Kedua : Pengasapan Herba

Rawatan ini di lakukan dengan menggunakan pokok "lakum" atau buah leletup. Buahnya berbentuk bulat, sebesar ibu jari tangan. Buah muda berwarna hijau seperti anggur hijau dan apabila masak, warnanya hitam seperti blackcurrant.

Rawatan pengasapan ini dilakukan setiap pagi (sekali sehari) selama tujuh hari.



Petua Pengasapan Herba :

Bahan-bahan ;
3-7 helai daun dan 1 ranting pokok lakum
Bara api (gunakan dupa)

Cara penyediaan :

1. Bubuh daun dan ranting pokok lakum di atas bara yang diletakkan di dalam dupa

2. Halakan dupa ke seluruh badan bayi bagi mengasapinya.


Cara ketiga : Minuman



Selepas diasapi, pesakit harus diberi minum susu kambing yang direbus, sama ada dengan pokok dukung anak atau pokok lakum, Bagi bayi, cukup dengan satu cawan sehari. Setiap kali minum, suapkan satu sudu besar sahaja. Ulangi setiap 1-2 jam, sehingga habis 1 cawan.

Rumusan Susu Kambing dan Dukung Anak.
Bahan :

1 cawan susu kambing
1 perdu pokok dukung anak beserta akar (dibersihkan)

Cara penyediaan:

1. Bersihkan pokok dukung anak, tumbuk dan ambil patinya.

2. Satukan pati itu dengan susu kambing dan rebus sehingga mendidih.

3. Tapiskan dan biarkan suam sebelum diberi minum.

* Sebagai ganti pokok dukung anak, boleh gunakan 1 perdu pokok lakum. Kaedah penyediaan dan pengambilan adalah sama.



ehsan gambar : google

Comments

Popular posts from this blog

Cara Penggunaan Set Bersalin Nona Roguy

Jinta Hitam @ Habbatus sauda

Info - Rawatan Urutan Tradisional