Kebaikan urutan kepada ibu dalam pantang

Sekiranya ibu-ibu pantang dapat mengikut cara berpantang dengan betul, insya allah, kesihatan para ibu akan terjamin untuk jangka waktu yang panjang. Kerana jika berpantang dengan cara yang betul, dapat memastikan keseluruhan badan, urat saraf dapat kembali kepada asal dan ibu-ibu akan dapat mengembalikan tenaga  kepada asal.



Urut tradisional bagi ibu dalam pantang ini memerlukan sekurangnya 3 hari berturut-turut atau 5 hari rawatan atau 7 hari rawatan atau sebulan mengikut kehendak ibu itu sendiri. Lagi kerap berurut urut tradisional lebih banyak kelebihannya.

Kelebihan urut tradisional/pantang bagi ibu selepas bersalin ialah :

1. Apabila setiap kali wanita itu lepas melahirkan, mereka akan menghadapi lemah lesu di seluruh tubuh kerana urat-urat yang menegang ketika proses kelahiran. Dengan mengurut, ia dapat membantu urat-urat tersebut dan menyegarkan kembali tubuh badan.

2. Rawatan urutan ini juga dapat memastikan pengaliran darah berjalan dengan betul dan darah-darah kotor serta darah bertoksik kotor dapat keluar sekali bersama darah nifas juga dapat membuang angin dalam urat.

3. Dalam proses mengurut dan menolak peranakan ibu dalam pantang, dapat menjamin peranakan wanita bersalin itu berada dalam keadaan yang sempurna dan tidak turun ke bawah. Sekiranya peranakan ini turun, boleh mengakibatkan kesan kepada wanita itu sendiri seperti kencing tidak lawas, dan kemugkinan boleh terjadi keluar tombong (proplapse)

Inilah kenapa orang-orang tua dulu mengamalkan amalan ini untuk mendapatkan kesihatan luar dan dalam selepas proses kelahiran




Comments

Popular posts from this blog

Cara Penggunaan Set Bersalin Nona Roguy

Jinta Hitam @ Habbatus sauda

Info - Rawatan Urutan Tradisional