Wednesday, October 15, 2014

Info : Mengenali Bentuk-Bentuk "Merian" @ Peranakan @ Rahim

Tahukah anda semua, bahawa mengikut istilah perbidanan melayu, ada beberapa jenis "merian" @ peranak @ peranakan yang di kenal pasti, sama ada jenis yang mudah di rawat atau jenis yang mengambil masa untuk di pulihkan.


Sebelum melakukan rawatan bertungku, bidan yang mahir akan dapat mengenal pasti corak atau jenis "merian" atau setiap perubahan bentuk merian selepas setiap kelahiran.

Jom kita intai, jenis-jenis "merian"


  1. Merian Batu

Berbentuk bulat serta cembul apabila disentuh dan menonjol ke atas. Merian begini mudah dikecutkan dalam masa 2 minggu pantang bersalin dan boleh kembali ke bentuk merian yang sempurna. Bagaimanapun, jika tersilap bertungku atau berurut  , merian jenis ini boleh tertolak naik sehingga ke hulu hati menyebabkan ibu berasa "sengkak" serta sesak nafas. Jika di biarkan berterusan, keadaan tersebut boleh membawa maut.
Adakalanya, merian jenis ini boleh turun ke bawah dan menyusuk ke "Tulang Kajang" sehingga boleh menghentikan atau menganggu pengeluaran darah nifas dan sukar untuk membuang air kecil atau mengeluarkan angin.

2. Merian Jantung


Merian jenis ini berbentuk seperti jantung pisang dan memerlukan ketelitian untuk merawatnya, yang mana jika tersilap bertungku atau berurut, merian jenis ini boleh terkeluar dari pintu faraj (proplapse) atau leher merian terpatah atau terkehel. Jika perkara ini berlaku, ia sukar untuk memulihkannya. Akibatnya, ibu boleh mengalami kelonggaran rahim sehingga ia mudah turun, dan jika di biarkan akan terkeluar.

3. Merian Perca 


Merian jenis ini pula jenis yang mengembang tanpa sebarang bentuk dan memerlukan kemahiran untuk merawatnya. Merian ini tidak boleh di asak dari bahagian ari-ari kerana akan mendatangkan kemudaratan. Bidan yang mahir boleh merawat dengan "mengumpul" perlahan-lahan secara menguakkannya ke tengah perut seperti mengumpul minyak dan di letakkan di bawah pusat dengan menggunakan minyak berubat. Urutan dilakukan supaya merian tersebut kembali berbentuk untuk memudahkan proses mengecutkannya.
Kebanyakkan ibu yang bermerian perca tetapi tidak di rawat dengan sempurna akan menghadapi masalah perut memboyot, walaupun selepas berakhirnya tempoh pantang dan mungkin juga untuk seumur hidup.

4. Merian Buyung


Merian jenis ini, adalah berbentuk antara merian jantung dan merian batu. Merian ini jenis mudah menakung air, dan boleh menyebabkan rahim serta mulut rahim mengembang yang boleh mengakibatkan , ibu akan mudah mengalami masalah hakisan mulut rahim kerana lelehan yang berlebihan di faraj.
Sekiranya, tidak di rawat dengan sempurna, ibu akan mengeluarkan air yang berlebihan semasa berjimak, umpama keluar air kencing.

5. Merian Besi 


Merian jenis ini berbentuk seperti merian batu, tetapi merian jenis ini mudah mendatangkan kesakitan "rengat" atau senak semasa dalam tempoh pantang bersalin. Merian jenis ini juga mudah mendapat "bentan urat" dan sekiranya tidak di jaga dengan rapi, ibu-ibu mudah ditimpa bentan atau tumpah darah.








Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home