Tuesday, October 14, 2014

info : masalah semasa kehamilan : Kerap Buang Air Kecil





Ini merupakan salah satu gangguan yang berlaku hampir sepanjang tempoh kehamilan. Keadaan ini disebabkan oleh tekanan ke atas pundi kencing hasil proses pembesaran bayi di dalam kandungan. Ibu hamil sukar mengawal kencing apabila ketawa dengan kuat, batuk ataupun bersin. Keadaan tersebut akan beransur pulih selepas bersalin. Bagaimanapun, sekiranya ibu hamil tidak mengambil langkah penjagaan faraj atau rahim untuk menguatkan kembali otot-otot kewanitaannya, masalah ini akan berlanjutan sehingga membawa kepada pelbagai jenis penyakit.

Antara sakit puan yang boleh timbul akibat dari masalah ini ialah kelonggaran *saluran sulit, lelehan faraj, hakisan mulut rahim, infeksi kulat dan *keluluran rahim atau di kenali keluar tombong.

Boleh diatasi dengan mengamalkan Rawatan Bercebok!

Menurut ilmu perbidanan melayu, kekerapan membuang air kecil semasa hamil dapat dikurangkan dengan "bercebok" menggunakan air rebusan herba seperti daun sireh, halba, jintan hitam,kunyit serta garam kasar.

Amalkan bercebok 2 - 3 kali sehari.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home