Tuesday, October 14, 2014

Info! Masalah Darah Bayam

Darah Bayam? Pernah dengar tentang darah bayam?

Darah bayam ialah darah beracun yang lazimnya keluar pada penghujung tempoh pengaliran darah nifas.



Ciri -ciri darah bayam ialah bau busuk seperti bangkai ikan, berwarna kekuningan kehijauan atau kuning cair seperti  kuah sayur bayam yang basi dan amatlah *penting dikeluarkan setiap kali selepas bersalin.

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, jikalau darah bayam tidak dikeluarkan, banyak masalah akan timbul dan bakal menganggu aktiviti harian sebagai isteri serta ibu. Antaranya, mudah berasa seram sejuk, alah dengan angin yang dingin dan udara yang sejuk.

Selain berasa sejuk-sejuk, ibu akan mudah berasa letih, lenguh pinggang sehingga menjadi sakit pinggang dan jika menggunakan tenaga berlebihan seperti membuat kerja berat atau berjimak secara agresif, ataupun naik tangga yang tinggi, mereka cepat mudah mengalah.

Kebanyakkan penghidap masalah ini mengalami lelehan faraj yang berbau dan menganggu perhubungan jenis suami isteri, menyebabkan kegatalan dan menjadi infeksi. Jika di biarkan tanpa rawatan, masalah ini akan membawa kepada penyakit *hakisan mulut rahim. Penyakit ini merupakan penyumbang terbesar kepada penyakit yang lebih serius , iaitu kanser pintu rahim atau pangkal rahim.

Antara tanda-tanda darah bayam atau darah beracun ini tidak keluar :

  1. Mata ibu mudah kabur
  2. Ibu sering pening atau sakit kepala terutama waktu hampir kedatangan haid
  3. Rambut mudah gugur
  4. Gatal-gatal kulit kepala yang tidak bermasalah kelemumur.
  5. Ibu juga sering di ganggu penyakit kulit, iaitu gatal-gatal yang dikenali sebagai allergic
  6. Kulit wajah nampak kusam, timbul bintilan hitam dan tompokan kehitaman dan berkepingan.
Ramai ibu-ibu muda zaman moden sekarang tidak tahu akan masalah darah bayam serta kesan sampingannya yang boleh mengundang penderitaan pada masa akan datang.
Bidan Melayu sangatlah prihatin tentang keluarnya darah ini selepas bersalin kerana lancarnya keluar darah nifas, darah bantal dan darah bayam akan menentukan kembalinya kejelitaan serta kesihatan seseorang ibu,

Notakaki :

*hakisan mulut rahim berlaku apabila leher dan mulut rahim luka dan berkudis akibat penyakit keputihan yang berpanjangan. Keadaanya dapat diibaratkan seperti celahan jari yang di makan ulat air



Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home