Tuesday, October 14, 2014

Info ~ Bagaimana Untuk Memastikan Kehamilan





Kehamilan dapat di pastikan seperti berikut :

  1. Secara perawatan tradisional, biasanya bidan dapat mengesan kehamilan apabila urat besar peranakan menegang dan timbul, yang mana pada keadaan biasa urat biasa itu lembut dan melentur. Kehamilan dapat di pastikan dengan cara ini setelah wanita itu kelewatan haid selama seminggu!
  2. Pemeriksaan melalui saluran faraj oleh pakar perbidanan moden dan menyamai petua Melayu lama, yakni untuk mengesan sebarang perubahan di mulut rahim atau di sebut "kuntum". Dalam keadaan biasa, kuntum mengecut dan lembut. Kuntum yang mengembang atau besar dan keras menandakan kehamilan sudah terjadi.
  3. Kehamilan boleh juga dipastikan apabila kelewatan haid berlaku selama seminggu, diikuti denyutan jantung yang lebih pantas dari biasa.
  4. Pemeriksaan darah dapat mengesahkan kehamilan selepas tujuh hari benih disemadikan. Melalui pemeriksaan darah, diukur hormon HCG yang dikeluarkan oleh tisu-tisu di sekeliling zigot yang akan bertukar menjadi uri.
  5. Pemeriksaan air kencing sebaik-baiknya dilakukan pada hari ke 40 selepas benih bersemadi. Bagaimanapun boleh juga dilakukan pemeriksaan air kencing itu apabila kelewatan haid selama 10 atau 15 hari. Hari ini, ujian air kencing dapat dilakukan sendiri dengan menggunakan alat penguji kehamilan yang banyak di jual di farmasi. Kehamilan dapat di kesan seawal 24 jam selepas benih di senyawakan.
  6. Pemeriksaan oleh pakar perbidanan dapat mengesan kehamilan melalui gelombang bunyi menggunakan esin pengimbas ultrasound yang memancarkan imej ke monitor.


Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home