Bentan

BENTAN ialah satu keadaan bagi ibu-ibu dalam pantang yang secara tiba-tiba mengalami rasa seram sejuk yang melampau dan sakit kepala. Bentan juga boleh berlaku akibat memakan benda-benda yang berbisa, atau melakukan kerja-kerja berat semasa dalam pantang atau ibu jari kaki si ibu tersepak benda keras atau emosi si ibu terganggu.

Sekiranya, keadaan ini berlaku, si ibu tersebut perlu berehat secepat mungkin dan cuba panaskan badan dengan berselimut dan menyapu minyak panas ke seluruh bada. Si ibu juga turut di sarankan agar meminum secawan kopi panas atau air halia panas atau air gula panas.

Berdasarkan amalan masyarakat Melayu, semasa dalam tempoh berpantang, pemakanan adalah salah satu perkara penting yang harus di titikberatkan dan perlu di utamakan. Ibu-ibu berpantang disarankan untuk mengelak daripada  memakan ikan-ikan berbisa seperti bawal hitam, pari, ikan duri,sembilang dsb kerana dikhuatiri boleh menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim. Selain ikan berbisa, ikan yang boleh menyebabkan gatal serta menimbulkan reaksi alahan juga patut di elakkan.

Selain daripada segi pemakanan, si ibu berpantang juga tidak di galakkan untuk terlalu aktif dalam tempoh berpantang.

Bentan juga boleh mengakibatkan perdarahan yang teruk dan ada sesetengah kes boleh membawa kepada kematian.

Sekiranya mengalami bentan, beberapa kaedah rawatan boleh digunakan :


  1. Cekur, lada hitam, halia dan bawang putih ditumbuk dan dibalut pada ibu jari si ibu.
  2. Sapukan sehiris bawang merah ke hujung ibu jari kaki.
  3. Untuk memulihkan bentan yang teruk, bolehlah minum air rebusan secekak daun sawi dan jintan manis bersama gula batu (rawatan ini boleh juga di amalkan dua kali seminggu semasa dalam pantang untuk mencerahkan mata)]


Comments

Popular posts from this blog

Cara Penggunaan Set Bersalin Nona Roguy

Jinta Hitam @ Habbatus sauda

Info - Rawatan Urutan Tradisional