Saturday, May 17, 2014

info : Uri & Fungsinya

Tembuni atau lebih di kenali dengan uri atau placenta adalah yang mengandungi air lendir dan ia juga terdiri daripada lapisan kulit isi yang tebal dan kuat.



Fungsi utamanya ialah untuk "menampung dan melindungi janin" daripada bahaya kecederaan jika ibu terjatuh. Istilah Melayu Tradisional bagi uri (tembuni/placenta) adalah tetuban atau ketuban.

Tahukah anda? Suhu di dalam tembuni atau uri kekal tidak berubah semasa kandungan membesar dan lendirnya merupakan sumber minuman untuk bayi? Air di dalam tembuni atau uri ini bercampur dengan air kencing kandungan. Pada setiap satu jam, air tersebut bertambah dan di serap kedalam sistem darah ibu, kemudiannya di keluarkan kepada uri.

Bayi di hubungkan dengan uri melalui tali pusat. Apabila cukup bulan, iaitu sembilan (9) bulan sepuluh hari, jumlah air tembuni akan berkurangan. Ketika ini, uri yang mengaitkan bayi kepada rahim giat membesar.

Jom Intai2 Fungsi-fungsi lain tembuni atau uri :

1. Fungsi pernafasan
Uri berfungsi sebagai paru-paru, memindahkan oksigen dari darah ibu ke bayi dan karbon dioksida dari bayi ke ibu.

2. Fungsi Pemakanan
Bahan seperti air, garam tak organik, lemak, karbohidrat, protein dan vitamin dari darah ibu akan meresapi uri dan di salurkan ke darah bayi. Oleh sebab inilah, para ibu di nasihati menjaga keseimbangan pemakanan harian dengan mengamalkan pemakanan yang sihat.

3. Fungsi Perkumuhan
Bahan-bahan kumuh daripada bayi akan masuk kedalam darah ibu melalui uri dan di keluarkan melalui buah pinggang ibu.

4. Fungsi Perlindungan
Uri memberi perlindungan kepada bayi daripada serangan mikroorganisma, antaranya kuman. Bagaimanapun, uri tidak dapat melindungi bayi daripada bahan berbahaya dalam minuman keras, dadah atau racun yang juga akan membahayakan perkembangannya.

5. Fungsi penyimpanan
Uri berfungsi sebagai tempat menyimpan bahan zat mineral seperti karbohidrat, protein, kalsium  dan ferum yang di salurkan kepada bayi melalui sistem pendarahan.

6. Fungsi Pengeluaran Hormon.
Beberapa jenis hormon, termasuk estrogen dan human chorionic gonadotropin (HCG) dihasilkan oleh uri, yang mana fungsi hormon dipertahankan oleh darah ibu. Oksigen dan zat pemakanan disalurkan kepada uri dan seterusnya disalurkan pula kepada urat-urat darah bayi.



 ensiklopedia perbidanan melayu

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home