Saturday, March 15, 2014

Kenali Penyakit Meroyan (dalam Pantang)



Tahukah anda, apa itu "Penyakit Meroyan"

Mengikut ilmu perawatan perbidanan melayu lama, penyakit angin meroyan ini mesti di beri perhatian kerana penyakit ini boleh berlarutan seumur hidup jika di biarkan tanpa rawatan. Salah satu SEBAB punca penyakit ini adalah kerana "darah bantal" yang tidak turun dengan sempurna atau teratur, yang seterusnya di biarkan dan menjadi darah beracun."Darah beracun" ini akan menganggu urat saraf dan menganggu keseimbangan hormon & perasaan ibu.

Penyakit Gila Meroyan

  • Sekiranya darah bantal tidak keluar dengan sempurna, bahagian alat sulit akan berbau hanyir & busuk. Bau itu tidak dapat di atasi walaupun dicuci dengan apa cara sekalipun kerana ia datang dari dalam. Ini kerana darah bantal yang busuk bau seperti bangkai itu masih tertinggal dan melekat di dalam lapisan tisu rahim (endometrium).Keadaan ini juga mungkin akan menjadi punca pengeluaran darah haid yang tidak teratur atau tidak lawas.Bahkan, jika ia di biarkan berlarutan , ia akan menjadi punca sakit kepala, kemurungan dan seterusnya membawa kepada sakit angin meroyan, iaitu angin kotor dari rahim atau di sebut juga sebagai "mother's blues"
Penyakit ini ada beberapa jenis dan di antaranya adalah seperti :

1. Meroyan Api
Dikenali sebagai meroyan api kerana semasa dalam pantang, ibu menjadi bengis, garang, cepat marah sehingga boleh sampai ke tahap menjerit-jerit dan lupa diri. Di sebabkan kemarahan yang melampau, adakalanya menyebabkan si ibu bertindak menghempas atau membaling bayinya (yang selalu menangis)

2. Meroyan Kentung
Ibu akan menjadi murung, hiba, sayu, mudah menangis cepat terasa, dan adakalanya seperti orang bodoh. 



3. Meroyan urat
Ibu mengalami ketegangan urat saraf sehingga sentiasa mengeraskan diri (seperti orang kejang) .

4. Meroyan Lendir
Ibu kelihatan pucat lesi, lesu, mata pudar dan keguguran rambut yang terlampau serta badan menjadi cepat susut.

5. Meroyan Tinggal
Ibu sentiasa berleter tidak tentu masa, bercakap seorang diri dan melarikan diri dari rumah. Biasanya, dalam kes ini, jenis ibu yang mengalami masalah ini, mungkin yang tidak mahukan bayinya sendiri. Dia sering tertawa, mengilai seperti di rasuk dan dalam kes yang teruk, sehingga tidak kenal pada suami sendiri.



6. Meroyan Bulu
Ibu sentiasa berasa seram sejuk, bulu roma sentiasa berdiri tegak dan adakalanya ibu mengeletar kesejukan sehingga boleh menyebabkan kancing gigi.

7. Meroyan kulit
Ibu berasa gatal serta miang, seluruh badan dan tergaru-garu seperti kelakuan kera.


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home