Penjagaan Lengkap Ibu Bersalin amat PENTING!!!!






Bagi ibu muda, tempoh berpantang adalah satu pengalaman baru. Badan harus dirawat agar apabila tamat tempoh berpantang, anda tetap kelihatan segar semula seperti sebelumnya.

Ramai wanita terutama "ibu moden" masa kini memamdang mudah amalan berpantang selepas bersalin sehingga mengabaikan kaedah tradisional terutama perkara yang dianggap "menyusahkan diri".

Antara amalan-amalan tradisional yang baik untuk di ikuti ialah minum air campuran herba tetapi ramai tidak sanggup menahan rasanya yang "pahit" tanpa mengetahui apa kenikmatannya selepas itu.

Rawatan pemakaian bengkung juga menjadi satu isu untuk ibu muda sekarang kerana menganggap tempoh pemakaian bengkung yang lama dengan melilit serta rawatan bertungku kerana ramai yang tidak mahu dan tidak tahan menahan kepanasan.

Namun begitu, ibu-ibu muda ini tidak tahu bahwa amalan berpantang dari saat melahirkan sehingga tamat tempoh 44 hari mempunyai maksud tersendiri serta kebaikan untuk jangka masa panjang.

Dari segi perubatan, tempoh berpantang memberi waktu rehat serta satu proses baik pulih tubuh badan seseorang wanita bagi memastikan luka jahitan episiotomi atau jahitan pembedahan caeserean itu kembali pulih.

Selain itu, sesetengah wanita juga mengalami trauma semasa kelahiran bayinya. Jadi mereka memerlukan masa bagi memulihkan tenaga dan ia mengambil masa agak lama.

Sejak turun temurun, kaedah secara tradisional memulihkan kesihatan selepas bersalin. Amalan berpantang 44 hari biasanya dipraktikkan untuk memberi ruang kepada ibu dalam berpantang berehat sepenuhnya untuk memulihkan tubuh yang masih lemah.

Dalam keadaan tubuh yang masih lemah dan tidak bermaya, gangguan perasaan & mental juga mudah terganggu seperti bersedih, murung, menangis dan jiwa tertekan oleh pelbagai masalah.

Kerana ini, kami di Qaseh Bonda Post Natal Care ingin menekankan "Penjagaan Yang Rapi dan Lengkap untuk Ibu-ibu Berpantang" amat penting.

Rawatan-rawatan tradisional yang di praktikkan oleh nenek moyang dahulu kala seperti berurut,rawatan bertungku, rawatan berbarut, rawatan mandian daun/herba/tersak/serong, rawatan bertangas, rawatan berdiang dsb mempunyai rahsia-rahsia & kenikmatan tertentu untuk para ibu-ibu semua.

Rahsia ubatan herba melayu seperti manjakani, kacip fatimah, kayu serapat, pinang muda, halia bara, serai, limau purut, temulawak, temukunci dan banyak lagi adalah antara bahan-bahan yang di gunakan. Kami menekankan kepada penggunaan herba-herba tradisional untuk memulihkan kembali keadaan diri & tubuh badan ibu ibu dalam berpantang.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Penggunaan Set Bersalin Nona Roguy

Jinta Hitam @ Habbatus sauda

Info - Rawatan Urutan Tradisional