Friday, August 25, 2017

Kelas Rawatan Muka - Sept 2017

Face Treatment Workshop
.
.
Everyone was invited to join this workshop!
What will you learn from Our Workshop?
 Get to know about Skin Types
 Learn About Products Knowledge
 Learn about Technique Face Treatment
 Learn How to make the best Face Massage for Bridal To-Be or to make the skin more glowing and firming
.
What will you get from #AdrujaFaceWorkshop ?
 Certificate
 Notes
 Doorgift (Products) .
Do you get a chance to do some Practical after theory class?
 YES and we will provide all the products and things for Practical Session
EARLY BIRD : RM 149.00
(Normal Price : RM 499.00)
#AdrujaSPA #SpaShahAlam #SpaWanita #SpaMalaysia #Adruja #Spa#RawatanSpa #PakejSpa #Wanita #ShahAlam #Workshop#FaceTreatmentWorkshop #SpaWorkshop #Tanamera #SpaClass#MyClass


Labels: ,

Update August 2017


📢📢 PANGGILAN UNTUK BENGKEL URUTAN SESI NOVEMBER 2017 📢📢
.
Siapa yang perlu ke Bengkel ini?
 CikPuan yang berminat untuk menceburi Bidang Kecantikan & Kesihatan
 CikPuan yang ingin meluaskan lagi ilmu pengetahuan tentang perbidanan
 CikPuan yang akan berpantang secara bersendirian di bandar /tanpa bantuan Ibu/Ibu Mertua pada masa akan datang
 CikPuan yang meminati rawatan tradisional dan juga sejarah perubatan tradisional melayu lama
 CikPuan yang berminat untuk mengetahui kegunaan herba sekeliling untuk kesihatan diri
.
.
✔️ SIJIL Penyertaan akan diberikan oleh pihak Adruja Spa
✔️ NOTA Pembelajaran akan diberikan kecuali ALAT Tulis
.
.
‼️ TIDAK TERMASUK tempat penginapan & juga makanan
.
Jadi,tunggu apa lagi? Hubungi kami di talian 013-2519058 untuk pendaftaran dan juga pertanyaan berkenaan Bengkel ini.
#AdrujaSpa #BengkelUrutan #KelasUrutan#AdrujaClass #SpaMalaysia #SpaShahAlam#SpaWanita #SpaUrutan #Urutan #BengkelSpa#Workshop #WorkshopSpa #UrutanBadan#Tangas #Tungku #Pantang #BengkelPantang#PenjagaanPantang #Confinement

Labels: , ,

Thursday, June 1, 2017

Apa Itu VIVIX Shaklee?













Labels: ,

Tuesday, May 23, 2017

KELAS PENGURUSAN IBU DALAM PANTANG & URUTAN AKAN DATANG




#BengkelAdruja #AdrujaSPA #DenaiAlam #ShahAlam #AdrujaClass #KongsiKongsiIlmu

Labels:

Wednesday, March 15, 2017

Minyak Aromaterapi Adruja



Be part of #AdrujaTeam TODAY!
.
.
Berminat untuk "Jana Pendapatan" sampingan? Berminat untuk menggunakan Produk Adruja untuk Spa cikPuan?
.
Kenapa harus memilih Minyak Aromatherapy Adruja? Kerana Minyak Aromatherapy kami diekstrak bersama lebih daripada 6 Jenis Young Living Essential Oil. Yang membantu mengatasi masalah saraf,kesesakan dada,masalah sinus dan banyak lagi.
.
Hubungi kami di talian 013-2519058 (Hotline Adruja) sekarang!
.
.
#Spamelayu #womensday #TherapyTea #TeaRelax #HawthornBerries#RoselleTea #RoseBudTea #spamalaysia #Dropship #Agent #Stockist#SPA



Labels: ,

Monday, February 27, 2017

Tips : Penjagaan Tali Pusat Bayi

Sebagaimana yang kita semua tahu, bahawa ketika bayi berada di dalam kandungan, si bayi akan berhubung dengan si ibunya melalui 'tali pusat'.

Dan, selepas dilahirkan, barulah tali pusat ini tidak digunakan lagi. ;)

Namun, harus di ingat, bila bayi dilahirkan, tali pusat tidaklah terus tertanggal dari badan bayi dan ia mengambil sedikit masa untuk tertanggal dari badan tuannya.

Disini, kita kongsi macam mana cara untuk menjaga tali pusat itu selepas ia keluar dari kandungan ibunya.

Sebenarnya, tali pusat bayi ini tidak memerlukan penjagaan yang rapi akan tetapi, sebelum ia kering dan luruh dengan sendirinya, amat digalakkan pada ibu dan ayah untuk menjaganya dengan baik iaitu ia mestilah sentiasa dalam keadaan kering dan bersih sepanjang masa. Kerana, jika tali pusat tidak di jaga dengan baik, kesannya adalah kepada bayi anda.

Cara menjaganya sangat senang :)


  1. Pastikan sentiasa bersih & Kering : Pastikan tali pusat sentiasa di bersihkan setiap kali lepas bayi di mandikan dengan menggunakan 'spirit swab' atau air pencuci yang dibekalkan oleh hospital. Dan PASTIKAN tidak menyapu sebarang minyak di tali pusat.  Lap bersih jika ia terkena najis atau air kencing bayi, kemudian dedahkan kepada angin sekejap untuk memastikan ia benar-benar kering.
  2. Dan ingat, tali pusat akan gugur sendiri. Jangan sesekali menariknya dengan tangan walaupun sudah genting atau terjuntai.
Ingatan Buat Ibu & Ayah :
  • Tali pusat mungkin dijangkiti kuman jika ;
    • Kemerahan dan bengkak
    • Berdarah tanpa henti 
    • Keluar nanah dan berbau busuk

Labels: ,

Saturday, February 25, 2017

Pantang Larang Buat Ibu Semasa Berpantang

Mengikut kepercayaan orang-orang tua dulu, ada beberapa pantang larang yang MESTI di ikuti oleh wanita selepas melahirkan anak, jika ingin sihat luar dalam.

Antara pantang larang yang sangat dititik berat oleh orang - orang tua ;


  • Ibu dilarang keras tidur tidak berbantal ; kerana ini akan mengakibatkan ibu boleh di serang sakit kepala yang teruk, keadaan ini juga berkemungkinan akan menyebabkan darah kotor sukar untuk keluar dan angin 'jahat' mudah naik ke kepala dan akan menyebabkan 'sakit meroyan' kepada si ibu.
  • MESTI memakai stokin ; ini adalah untuk menjaga agar kaki si ibu tidak sejuk dan menghalang angin sejuk masuk. Jika ibu-ibu diserang angin sejuk ini, kesihatan ibu akan terganggu dan badan menjadi lemah. Digalakkan pemakaian stokin sepanjang tempoh berpantang.
  • JANGAN duduk mencangkung ; ibu yang baru melahirkan anak, dilarang keras mencangkung kerana ini akan menyebabkan rahim @ peranakan yang masih lemah itu akan terkeluar dan juga boleh menyebabkan ibu mengalami tumpah darah.
  • MANDI sambil duduk di bangku ; digalakkan ibu selepas bersalin mandi sambil duduk di bangku, elakkan mandi sambil berdiri atau mencangkung. Cara ini dapat membantu untuk menjaga kesihatan peranakan si ibu kerana dengan mandi sambil duduk, si ibu tidak perlu banyak menggunakan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan , masih dalam keadaan lemah.
  • RAPATKAN kaki masa tidur ; Bila tidur kaki si ibu harus di rapatkan. Ini juga untuk mempercepatkan peranakan kembali sembuh.
  • JANGAN terlalu aktif ; ibu yang baru melahirkan hendaklah banyak duduk diam di atas tempat tidur. Ada baiknya awal minggu bersalin, ada pembantu membantu si ibu. Duduk diam ini sangat banyak membantu si ibu untuk memulihkan kembali tenaga yang telah hilang dan juga dapat memberi ibu peluang untuk benar-benar berehat.
  • JANGAN makan sebarang makanan 'berubi' ; ibu-ibu dilarang keras mengambil makanan dari jenis berubi seperti keledek, ubi kayu dan keladi kerana makanan ini dapat menganggu sistem pencernaan dan ibu-ibu mungkin akan mengalami kembung perut dan sakit perut, terutama ibu-ibu yang menyusukan anak.
  • JANGAN tidur di waktu matahari naik ; ibu - ibu di galakkan berjalan di tepi tingkap pada waktu ini untuk mendapatkan cahaya matahari. Jika ibu amalkan tidur di waktu ini, badan ibu akan cepat lesu dan sakit-sakit. 
  • JANGAN tidur di waktu senja ; Ibu juga di larang tidur pada waktu senja, kerana waktu ini, makhluk halus banyak berkeliaran, jika di amalkan, ibu mungkin akan mengalami penyakit 'angin meroyan' dan fikiran terganggu dan boleh menyebabkan ibu mengalami tekanan perasaan.
  • JANGAN menjahit dan membaca ; kerana dalam tempoh ini, fizikal ibu masih lemah dan boleh menyebabkan ibu mengalami masalah rabun sebelum tua
  • TIDAK DIGALAKKAN keluar rumah ; kerana badan ibu masih terlalu lemah, tidak baik untuk kesihatan dalaman ibu.
  • JAGA ibu jari kaki ; kerana ibu boleh pitam atau 'bentan' dan juga boleh menyebabkan tumpah darah.
  • PANTANG 100 hari ; pantang ini membawa maksud pantang bersama suami (hubungan kelamin) kerana cara ini benar-benar dapat memulihkan peranakan dan sistem dalaman ibu.


Labels: ,